Microtube adalah saluran paip yang mengalirkan air/air baja antara sub-polypipe(tubing) ke dripper. Terdapat 2 size microtube yang digunakan di dalam kaedah fertigasi iaitu microtube 1 mm dan 4 mm. Semasa kaedah fertigasi mula diperkenalkan, penggunaan microtube bersaiz 4 mm banyak digunakan tetapi perubahan sentiasa berlaku untuk penambahbaikan dimana microtube bersaiz 1 mm semakin meluas digunakan.
Tujuan utama peralihan penggunaan microtube bersaiz 4 mm ke microtube bersaiz 1 mm adalah untuk menjimatkan KOS serta mengurangkan masalah microtube 'TERSUMBAT'.
Jika kita menggunakan microtube bersaiz 4 mm, kita terpaksa menggunakan nipple dan juga dripper yang mana ia juga melibatkan KOS yang lebih, TETAPI jika kita menggunakan microtube bersaiz 1 mm, kita TIDAK perlukan nipple dan dripper.
Jadi MENGAPA PERLU BERBELANJA LEBIH UNTUK TUJUAN YANG SAMA? Pilihlah microtube bersaiz 1 mm untuk projek fetigasi anda . Kalau dah pakai microtube bersaiz 4 mm dalam projek fertigasi anda, TERUSKAN dan JANGAN MEMBAZIR tetapi bertukarlah ke penggunaan microtube bersaiz 1 mm untuk projek seterusnya (membesarkan kawasan).
KAMI ADA MENAWARKAN JUALAN MICROTUBE 1 mm dengan harga ISTIMEWA RM299/roll (tidak termasuk kos penghantaran). Anggaran panjang microtube tersebut adalah 1000 meter. Hubungi kami di 013-584 1514 untuk membuat tempahan segera.
Kami kembali
4 years ago
March 9, 2010 at 5:18 PM
salam..Harga Istimewa RM299/ roll, nak tanya 1 roll berapa panjang n brp pokok boleh gune??
March 9, 2010 at 5:20 PM
ble terangkan mcm mana nak guna microtube 1mm tanpa menggunakan nipple dan dripper??adakah ia tidak leaking pada polypipe 16mm??
March 9, 2010 at 8:42 PM
Microtube 1 mm panjangnya 1,000 meter/roll. Jika 1 pokok menggunakan 2 kaki (saya pakai ukuran panjang tray semaian, tak pasti samada panjangnya 2 kaki atau kurang), 1000 m = 1000 x 3.3 kaki = 3,300 kaki, jadi boleh guna utk 1650 pkk.
Jika menggunakan microtube 3 mm, perlu guna nipple, TETAPI penggunaan microtube 1mm TIDAK memerlukan nipple. Tebuk lubang menggunakan penebuk lubang yg sama utk kedua2 jenis microtube tu (1mm mahupun 3 mm). Memang tidak leaking. Ketat! Dah JIMAT 12 sen utk setiap nipple.
Fungsi dripper hanyalah utk mengalirkan air baja dari microtube ke media dlm polybag dan juga mencegah microtube tersumbat jika ditanam terus ke media. Kos dripper bergantung kepada jenis dan kualiti, antara 3 sen hingga RM2 (pressure regulated). NAK JIMAT (dan tahan lama), gunalah potongan tubing polypipe 16mm. Cuba baca artikel dalam blog saya tentang pengganti Dripper. Dimana hujungnya di potong menirus, supaya senang cucuk ke dalam media dan di hujung lagi satu ditebuk lubang lebih kurang 2cm dari penghujung utk disambung dengan microtibe tu. Jadi microtube tidak akan tersumbat dgn media.
March 9, 2010 at 9:13 PM
ok, setakat ney saya faham..so, adakah penggunaan microtube 1mm akan menjejaskan quantity baja yg disalurkan ke media??
Post a Comment