BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Cili Fertigasi 7 : Timing Tanam Cili & Kos 1 Kg Cili

Labels:
Nak tanam cili kena pandai timing. Kena tahu bila hendak semai supaya bila tiba musim tuai, harga cili tinggi. Kena kaji sejarah harga cili. Bila harga tinggi dan bila harga rendah.

Kita perlu tahu, kos untuk 1 kg cili. Berapa kos untuk 1 kg cili? Relatif. Jika kita menggunakan sistem fertigasi, kos lebih tinggi berbanding sistem konvensional (tanam atas batas; guna tanah).
Jika kita menggunakan baja fertigasi AB sepenuhnya, kos lebih tinggi berbanding menggunakan baja NPK (baja biji @ slow release fertilizer). Kerana harga racun, baja dan peralatan lain sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, jika harga turun pun mungkin sedikit. Jadi sebagai panduan, ambil harga kos untuk 1 kg cili ialah RM3.00

Jika harga ladang di bawah RM3.00, kita kena jual sendiri la. Tetapi bila harga borong di bawah RM3.00, maka kita perlu mengganti pokok cili sedia ada dengan menyemai cili baru, dengan harapan bila tiba waktu tuai hasil cili, harga akan tinggi. Atau menggantikan dengan tanaman sayuran jenis lain.

Jadi untuk mengelak harga cili yang rendah bila tiba musim tuai hasil, maka kita kena pandai 'timing' bila hendak mula menyemai biji benih cili. Sebagai panduan, harga cili melebihi RM3.00 selalunya antara bulan 7 hingga ke Tahun Baru Cina. Selalunya selepas Tahun Baru Cina, harga cili mulai menurun. Jadi kita perlu semai pada bulan 3 dan bulan 6/7 supaya musim tuai akan bermula pada bulan 7 (untuk semaian pada bulan 3) dan bulan 10/ 11 (untuk semaian pada bulan 6/7) sehingga ke Tahun Baru Cina (sekitar bulan 2).
0 comments:

Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS