Tanaman timun amat menguntungkan kepada peraih dan peruncit. KENAPA? Peraih dan Peruncit tidak perlu menanggung risiko dan menunggu lama.
Pengusaha tanaman timun perlu menjaga tanaman selama 4 - 5 minggu sebelum hasil dituai. Tuaian pula mengambil masa 4 - 8 minggu bergantung kepada penjagaan pokok. Harga ladang berkisar antara 15 sen/kg hinggalah RM3.00/kg.
Untuk maklumat pegusaha timun secara konvensional (tanam atas tanah), kos untuk 1 kg timun adalah 43 sen. Dan purata harga ladang adalah 60 sen.
1 ekar = 1.406 relong
1 HEKTAR = 2.469 ekar
1ekar = 43,560 kaki persegi
Jadi 1 HEKTAR = 3.471414 relong
Jarak penanaman : 60 cm x 60 cm
Kepadatan : 21,333 pokok / Hektar
Anggaran Kos Pengeluaran Timun/Hektar/Musim adalah RM10,647.43
Berikut adalah anggaran pendapatan tanaman timun/hektar/musim
Jika hasil Rendah = 20,000 Kg/ Hektar dan harga ladang RM0.55/kg, Pendapatan Kasar adalah RM11,000.00 dan pendapatan bersih pengusaha adalah RM352.57
Tetapi jika hasil Tinggi = 25,000Kg/Hektar dan harga ladang RM0.65/kg, Pendapatan Kasar adalah RM16,250.00 dan pendapatan bersih pengusaha RM5,602.57
TUNGGU APA LAGI, JOM KITA TANAM TIMUN kaedah FERTIGASI. Hehehe.... x larat nak membajak, buat batas, pegang cangkul maka kita tanam la secara fertigasi.
Kami kembali
4 years ago
Post a Comment