BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Info Racun 2 : Jenis-Jenis Racun.

Labels:
Penyediaan racun serangga dan racun kulat amat penting di dalam bidang pertanian, terutama tanaman cili secara fertigasi. Sehingga ada yang mengatakan, jika anda tidak menyediakan racun serangga dan racun kulat, anda sebenarnya merancang untuk gagal. Penggunaan racun adalah perlu dari peringkat awal hinggalah ke peringkat tuaian kerana tujuan asalnya untuk PENCEGAHAN. Seperti kata pepatah, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT (PREVENTION BETTER THAN CURE). Ini kerana kos untuk mencegah lebih rendah daripada kos untuk merawat sesuatu penyakit.

Pemilihan racun terbahagi kepada dua kategori iaitu racun kimia atau racun organik. Ia bergantung kepada matlamat pengusaha tanaman. Jika hendak di usahakan secara organik sepenuhnya dimana penggunaan racun kimia adalah dilarang sama sekali.

Kos pembelian racun agak tinggi buat permulaan kerana ianya dijual di dalam kuantiti yg sederhana (seperti 1 Liter dalam bentuk cecair/ 500 g dalam bentuk serbuk) atau besar (4 Liter cecair / 1 Kg serbuk) tetapi kos per unit semakin jimat jika membeli dalam pek yg besar. Penggunaan racun yang sebenar adalah sedikit. Ini disebabkan pengusaha perlu mempelbagaikan jenis racun untuk tempoh semusim tanaman. Pengusaha perlu tahu jenis bahan perawis aktif yang perlu diperbanyakkan bukannya jenama (atau 'Brand') supaya serangga perosak tidak 'imun' terhadap racun tersebut. Yang penting, baca label yang tertulis pada setiap jenis racun yang dibeli.

Pembelian racun boleh dilakukan berperingkat kerana penggunaan adalah bergantung kepada peringkat tumbesaran tanaman tersebut. Contohnya, racun kulat pada peringkat penyemaian biji benih untuk mencegah penyakit lecur anah pokok, kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit dari serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan serangga perosak di peringkat berbuah.

Senarai Racun Serangga & Racun Kulat:

Racun Kulat:



Bahan Perawis Aktif : Mancozeb (dari kumpulan dithiocarbamate)
Jenama : Kenkozeb M45, MZ 45
Kelas : IV
Kuantiti : 1 Kg
Tempoh Di Larang Tuai selepas semburan terakhir: 14 Hari
Kekerapan : 7 - 10 hari sekali @ Maksimum 4 Kali / Musim
Kadar Racun: 25 g / 10 Liter Air
Penyakit : Antranoks (Colletotrichum sp), Hawar / Reput Buah (Phytophthora capsia)




Bahan Perawis Aktif : Thiophanate-Methyl (dari kumpulan benzimidazole)
Jenama : TopSin M
Kelas : IV
Kuantiti : 500 g
Tempoh Di Larang Tuai : 14 Hari
Kekerapan : 10 - 14 Hari Sekali @ Maksimum 6 Kali / Musim
Penyakit : Antraknos (Colletotrichum capsicii) Kadar Racun : 8 g / 10 Liter Air

Bahan Perawis Aktif : Thiram ( dari kumpulan dimethyl dithiocarbamate)
Jenama : Imas-Thiram 80
Kelas : III
Kuantiti : 1 Kg
Kadar Racun: 20 g / 10 Liter Air
Cara Rawatan : Rawat biji benih dengan bancuhan selama 5-10 minit sebelum menanam
Penyakit : Lecuh / Hawar Anak Benih (Rhizoctonia sp. , Pythium sp.)



Bahan Perawis Aktif : Tolclofos-methyl
Jenama : Rizolex 50WP
Kelas : IV
Kuantiti : 500g
Kadar Racun : 5 g / 10 Liter Air
Cara Rawatan : Sembur ke pangkal batang dengan lebar jejari 20 cm dari pangkal pokok dan kawasan sekelilingnya. Gunakan 500 ml isipadu semburan untuk merawat setiap pokok yang diserang.
Penyakit : Reput pangkal / akar (Sclerotium spp.)

Racun Serangga

Bahan Perawis Aktif : Carbofuran
Jenama : Furadan 3G
Kelas : II
Kuantiti : 1 Kg / 4Kg
Kadar Racun : 5 g / polybag (Tabur keliling anak pokok cili yang baru di pindah ke polybag)
Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 90 Hari


Bahan Perawis Aktif : Amitraz (kumpulan 'amidine')
Jenama : Mitac
Kelas : II Kuantiti : 1 Liter
Kadar Racun : 16 ml / 10 Liter Air
Kekerapan : 2 kali semusim
Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 7 Hari
Serangga : Hamama (Tetranychus spp.)


Bahan Perawis Aktif : Abamectin (kumpulan avermectin) . Ia juga dikenali dengan racun KICAP Jenama : Armada 1.8 EC
Kelas : II

Kuantiti : 1 Liter
Kadar Racun : 10 ml / 10 Liter Air
Kekerapan : 4 kali semusim
Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 7 Hari
Serangga : Ulat Pelombong Daun, Ulat Plutella


Bahan Perawis Aktif : Cypermethrin (kumpulan 'pyrethroid')
Jenama : Cyper-Axe
Kelas : III Kuantiti: 1 Liter

Kadar Racun : 10 ml / 10 Liter Air
Kekerapan : 1 kali semusim
Tempoh Di Larang Tuai Hasil : 3 Hari
Serangga : Ulat Kuntum, Ulat Pucuk

Pelekat Serangga



Jenama : Neopeace
Kuantiti: 250 ml can spray
Cara Mengguna : Ambil bekas plastik berwarna KUNING SAHAJA dan sembur neopeace pada jarak 10cm dari plastik/bekas kuning tersebut. Letak pada kayu setinggi 4 - 5 kaki dari permukaan tanah dan 50 kaki di antara satu sama lain. Tukar bekas 2-3 minggu sekali atau
lebih kerap jika telah dipenuhi serangga.

Perangkap Lalat



Penggalak/ Hormon Cili Berbunga





GE 9820 AMINO SEA RED

Kuantiti: 4 Liter
Cara Guna : 25 ml / 18 Liter Air di sembur ke pucuk pokok. Di ulangi 2 minggu sekali.

Jika anda ingin mencuba, produk-produk di atas samada racun / penggalak bunga, saya ada menjual dalam kuantiti yang kecil. Jika anda berpuas hati, bolehlah anda membeli sendiri dalam kuantiti yang besar. SELAMAT MENCUBA.
Kedai Racun :

1) FAJAMA TRADING
No. 37, Jalan PSK 6, Pusat Dagangan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan
Tel : 03-89414300 /89458217 Faks : 03-89410300
H/P : 019-381 0869 (En. Fauzi)
Isnin - Jumaat : 9 am - 6 pm ;Sabtu : 9 am - 1 pm ; Ahad & Cuti Umum : CUTI


2) SIN SING HUAT (Sila Lihat Pada Label Pembekal)
0 comments:

Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS