BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Cili Fertigasi 3 : MASALAH PADA TANAMAN

Labels:
Daun Bertompok

Simptom : Daun kelihatan bertompok-tompok.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Asingkan polybag yg mempunyai daun bermasalah ini kerana penyakit ini cepat merebak. Jika serangan masih baru, buangkan semua daun yg dijangkiti.
Rawatan : Sembur dengan racun kulat yang mengandungi 'Cooper' seperti Cupraxat. JANGAN campur racun kulat 'cooper' ini dengan racun lain.
Cara pencegahan : Kena sembur dengan racun kulat (selain racun kulat 'Cooper') selepas hujan dan sebelum transfer anak pokok ke polybag. Pastikan kandungan media tidak terlalu lembab.

ANTRANOKS

Simptom : Buah cili rosak berair.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Buang semua buah cili yang rosak.
Cara Pencegahan : Selalu terjadi pada musim hujan. Jika hujan panas lagi cepat pembiakan kulat. Sembur racun kulat Mancozeb di selang seli dengan racun kulat "TopSin M" setiap 3 hari sekali di musim hujan, jika tidak seminggu sekali. Atau setiap kali lepas hujan.

DAUN KUNING

Simptom : Daun-daun kelihatan berwarna kuning terutama di bahagian atas.
Penyebab : Pokok kekurangan baja.
Tindakan : Spray air baja dengan kepekatan yang rendah (mengikut umur pokok) pada waktu pagi selama beberapa hari . 1/2 dos kepekatan air baja yg diberikan.
Cara Pencegahan :

  1. Selalunya simptom ini berlaku pada media yang menggunakan sekam bakar 100% kerana sekam bakar tidak menyimpan air baja dengan lama, tidak seperti media cocopeat.
  2. Tambah kekerapan siraman air baja atau mencampur media sekam bakar dengan cocopeat.

LECUR ANAK POKOK

Simptom : Batang anak pokok cili di dalam tray semaian seperti mengecut dan menyembah bumi.
Penyakit : Serangan Kulat
Tindakan : Buang anak pokok yang bermasalah

Cara Pencegahan :

  1. Pastikan biji benih direndam dalam bancuhan racun kulat Thiram 5 - 10 minit sebelum menyemai. Walaupun biji benih itu daripada varieti hybrid spt F1 568.
  2. Atau biji benih dicampur dengan racun 'Rizolex' dgn nisbah 5g Rizolex utk 10g biji benih (dlm 1600 biji benih) atau racun Thiram sebelum menyemai.
  3. Rendam tray semaian yg kosong (samada yg baru atau telah digunakan) ke dalam bancuhan racun kulat Thiram sebelum meletak peat moss.
  4. Jika terlupa langkah 1-3, dan anak pokok telah dijangkiti dan setelah dibuang pokok yg bermasalah, rendamkan tray semaian berserta anak pokok di dalam bancuhan racun kulat Thiram / Rizolex 1/2 dos dari yang disyorkan. Dan pastikan air baja juga diberi melalui kaedah rendaman try semaian. JANGAN spray anak pokok kerana daun yang lembab akan mempercepatkan pembiakan kulat dan menarik serangga.
  5. Sebelum pindah anak pokok ke polybag, sembur racun kulat Rizolex / Thiram / Previcur N ke media (sekam bakar/cocopeat) dan polybag sehingga lembab. Jika menggunakan bekas polybag dari musim yang terdahulu, pastikan peralatan dan juga polybag di rendam dengan larutan anti-bakteria/anti-septik seperti Chlorox (murah) atau Dettol
1 comments:

berkaitan gambar daun kuning:
simptom menunjukan kuning keputihan terjadi pada pucuk muda, ni bukan penyakit virus atau fungus, tapi kekurangan nutrient Fe, walau pun secara normal sukatan Fe mencukupi untuk air baja, tetapi media sekam yang berupa alkali...melebihi pH 7, kebanyakan micro nutrient tidak dapat di serap termasuklah Fe, semua micro di serap ngan baik bila pH 4-6. pembaikan dilakukan terhadap serapan atau pH air baja kat media ngan menambahkan phosphoric acid dalam air baja, walau pun ujian menunjukan air baja berasid, namun bila masuk kat media pH akan naik sendiri hasil reaction media yang beralkali. sebagai pembaikan segrea boleh spray ngan iron chelated.

gambar anak semaian tu merupakan penyakit dumping off disebabkan fungus phytophthora .
boleh siram ngan racun berkaitan selepas pindah anak ke polibag, biasanya fungus bermula dari biji benih yang tak dirawat dan juga dari media tercemar.


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS