BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Perangkap Lalat Buah

Friday, December 17, 2010

Contoh Perangkap Lalat Buah. Ringkas!

Cuma perlukan bekas tong minyak masak terpakai, air kosong (lebih kurang 1 Liter), kapas (facial cotton), dawai utk menggantung perangkap serta memegang kapas yg telah dicelup dgn Methyl Eugenol.

Penggunaan bahan penarik Methyl Eugenol untuk memerangkap lalat buah JANTAN.


Rawatan Hasil Tuaian seperti Rawatan Air Panas, Rawatan Udara Panas, Rawatan Penyinaran (Irradiation treatment) dan Rawatan Wap Panas mengikut kehendak negara pengimport.

Antara Methyl Eugenol yg ada di pasaran.
Harga antara RM5-RM7 sebotol.


Read On 0 comments

Pelekat Racun

Sunday, December 12, 2010
Spreader @ Pelekat Racun. Guna pada musim hujan. Guna bersama2 dgn racun serangga/kulat

Ada yg murah dan yg berjenama (mahal la sikit). Mcm pelekat kat atas tu guna hanya 10ml utk tong 18L.












Read On 2 comments

Pkk Cili + Pkk Timun dlm Polybag yg sama

Sunday, December 12, 2010
Pkk Cili 568 + Pkk Timun (MARDI)

Polybag yg digunakan bersaiz besar iaitu 18 x 18.

Pkk Cili 568 + 2 pkk Timun (MARDI)

Yg ni pulak, percubaan tanam 2 pkk timun bersama pkk cili dalam polybag yg sama (18 x 18).
Racun utk pkk timun lebih kurang sama dgn pkk cili.

Penggunaan media (sekam bakar):
Sekam yg digunakan adalah baru pertama kali guna.
  1. Utk pkk cili disyorkan guna hanya sekali sahaja sekam tersebut.
  2. Utk pkk timun, boleh recyle sehingga 2 musim timun sahaja. Lepas tu kena tukar .
  3. Utk pkk terung boleh guna sekam terpakai sbb pkk terung tahan lasak.
Jadi, kalau nak guna sekam ke tahap maksimum, tanam cili dulu, lepas tu timun dan akhir sekali pkk terung. Lepas tu, kena ganti baru sekam.

Di antara tanaman tersebut kena la buat rawatan sedikit, seperti di beri air Clorox dan dibilas dgn air kosong yg banyak supaya media tersebut bebas daripada timbunan garam yg terkumpul (oleh pemberian baja) dan bebas dari kuman (clorox).
Read On 5 comments

Benih Terung Bulat

Sunday, December 12, 2010

Benih Terung Bulat dari syarikat yg sama dgn benih cili 568



Purata berat sebiji buah terung bulat.

Puas hati benih ni. Warna yg menarik, sekata. Harap dapat harga yg elok jika jual kepada sesiapa pun. (terutama pemborong yg cerewet)
Read On 0 comments

Tunas Air - Part 1

Sunday, December 12, 2010

Tunas Air Sebelum Buang Cara 1

Perhatikan keadaan pokok cili (568) yg telah bercabang Y (kebanyakan bercabang dua, kadang-kadang bercabang tiga). Masa ni, tunas air kerap kena buang supaya baja yg diserap melalui akar dapat disalurkan kepada cabang utama.
Tunas Air Selepas Buang Cara 1

Tunas Air yg keluar di celah-celah daun bawah daripada cabang Y, semuanya telah dibuang tapi daun di bawah cabang Y (daun sulung) dibiarkan. Reason: Supaya pkk dapat membuat makanan melalui daun tersebut.
Read On 0 comments

BAJA Peringkat Semaian

Monday, December 06, 2010

Semasa proses semaian, kebanyakan kita menggunakan peatmoss sebagai media semaian. Tetapi ada juga yg menggunakan media lain seperti sekam bakar dll.

Cukupkah baja @ makanan yg dibekalkan oleh peatmoss utk anak pokok membesar di dalam tray semaian?

Jadi ada sesetengah pengusaha menggunakan baja AB pada kepekatan yg rendah seperti 0.5 EC atau 0.8 EC.

Saya juga menggunakan baja AB dengan merendam tray semaian pada kadar 0.5 EC sepanjang minggu kedua dan kadar 0.8 EC sepanjang minggu ketiga, sehingga pkk berusia 21 hari atau sekurang-kurangnya pkk mempunyai 6 helai daun.

ALTERNATIF, saya telah di ajar di dalam satu kursus cili menggunakan baja biji NPK HIJAU 15-15-15 semasa peringkat semaian.

CARANYA : Dgn menggunakan SEBIJI sahaja baja NPK HIJAU 15-15-15, dan tanam di hujung lubang tray semaian. Rendam dgn AIR KOSONG sahaja atau spray air kosong supaya media sentiasa lembab.

p/s: Di pasaran banyak baja biji NPK 15-15-15. Tetapi cari yg berwarna HIJAU sahaja.
Read On 0 comments

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS