BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Tanaman Giliran

Thursday, March 25, 2010
Antara amalan kultur yg sering diamalkan oleh para petani ialah PENGGILIRAN TANAMAN. Kenapa? Secara logik, penyakit bagi sesuatu tanaman mudah merebak jika para petani menanam berterusan tanaman yg sama pada tapak yg sama. Yg kedua, jika menggunakan kaedah konvensional (dirt farming), kandungan baja dalam tanah akan berkurangan bagi tanaman tersebut dan hasilnya akan mula menurun.

Contoh giliran tanaman sayuran jenis berdaun daripada keluarga Cruciferae (sawi hijau, sawi putih, sawi kerinting, sawi jepun dan kailan) dan keluarga Amaranthaceae (bayam) untuk tempoh setahun:-

1) Sawi Hijau -> Sawi Hijau -> Sawi Putih -> Bayam -> Sawi Hijau -> Sawi Hijau -> Sawi Jepun -> Bayam -> Sawi Hijau

2) Kailan -> Kailan -> Bayam -> Kailan -> Kailan -> Bayam -> Kailan -> Kailan -> Bayam

3) Sawi Jepun -> Sawi Hijau -> Sawi Jepun -> Bayam -> Sawi Jepun -> Sawi Hijau -> Bayam -> Sawi Jepun -> Sawi Hijau

4) Bayam -> Sawi Hijau -> Bayam -> Sawi Hijau -> Bayam -> Sawi Hijau -> Bayam -> Sawi Hijau -> Bayam

Tanaman Giliran bagi pokok TIMUN pula seperti berikut :-
(Jika tanam secara FERTIGASI)

Timun -> Kekacang (Kacang Buncis / Panjang) -> Timun

atau (Jika tanam secara konvensional)

Timun -> Kekacang (Kacang Buncis / Panjang) -> Kacang Bendi -> Labu / Tembikai
Read On 2 comments

BAJA FERTIGASI AB 100L

Wednesday, March 17, 2010


Baja Fertigasi BERKUALITI TINGGI & MenJIMATkan

Anda boleh dapatkan stok baja fertigasi AB 100L sepanjang masa di BESTWAY AGRO. Kini HANYA RM140/set.

Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Rujukan : Harga baja fertigasi AB 100L di negeri2 Utara Semenanjung sekitar RM210-RM240/set. Anda telah jimat sebanyak hampir2 RM100 setiap set yg dibeli melalui Bestway Agro.

Kami juga menjual larutan stok baja fertigasi AB dalam kuantiti 1 Liter, 5L dan juga 10L pada harga RM3/Liter.
Read On 0 comments

Terung Fertigasi

Sunday, March 07, 2010
Penanaman terung (panjang/bulat) secara FERTIGASI

Penyediaan Anak Benih : Biji Benih perlu dicambahkan menjadi anak benih di dalam tray semaian selama 6 minggu sebelum ditanam di ladang.

Jarak tanaman : 90 cm @ 3 kaki (center to centre). Jadi jarak antara polybag dgn polybag (saiz 16 x 16), lebih kurang 2 kaki.

Kepadatan : 10,000 pokok / hektar.

Sokongan : Kayu penyokong amat perlu bagi meningkatkan kualiti dan hasil buah terung. Kayu bulat bergaris pusat 5 cm, 1.5 - 1.8 m panjang dipacak sedalam 30cm pada jarak 2 m di tengah batas dan dawai tegang direntang di antaranya. Pokok Terung diikatkan dengan tali rafia ke dawai tersebut bagi mengelak pokok rebah dan buah terkena tanah.

Cantasan : Cantasan bertujuan untuk membuang dahan kecil yang berlebihan di bahagian bawah pokok semasa pokok masih muda, iaitu dengan menggunting atau mengerat dahan dengan pisau tajam.

Kesimpulan Awal: GERAK KERJA DI KEBUN TERUNG, SAMA MACAM DI KEBUN CILI.

Keperluan Air : Terung memerlukan air sebanyak 0.3 - 1.0 L/hari untuk pokok yang matang.

Pengawalan Perosak :-

Jenis Perosak : Kumbang Daun (Epilachna indica)
Kerosakan : Makan lapisan atas daun menyebabkan daun jadi lutsinar.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Carbaryl, Trichlorfon

Jenis Perosak : Ulat Lipat Daun (Psara bipunctalis)
Kerosakan : Menggulung daun dan makan tisu-tisu bahagian dalam gulungan daun.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Carbaryl, Acephate

Jenis Perosak : Penggorek pucuk dan buah (Leucinodes orbonalis)
Kerosakan : Korek pucuk dan buah. Terdapat sisa-sisa najis pada buah.
Amalan kultur : Cantas dan bakar bahagian yg diserang.
Racun Kimia : Permethrin, Lambda-cyhalothrin

Jenis Perosak : Kutu Daun (Aphis gossypii Kock)
Kerosakan : Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Dimethoate , Malathion (Racun utk Cili juga)

Jenis Perosak : Hama
Kerosakan : Hisap cecair pada daun dan buah
Racun Kimia : Dicofol, Propargite, Amitraz (Cth: Brand - Mitac)

Jenis Perosak : Kutu Trip
Kerosakan : Hisap cecair sel daun dan mengikis permukaan buah.
Jenis Racun : Methiocarb, Furathiocarb, Fumidachloprid

TIPS : Semasa BERBUNGA adalah waktu paling KRITIKAL. KENA RACUN KERAP ketika berbunga. Selang 2-3 hari sekali. Nak JIMAT, guna racun yg ada dalam stok. Saya guna racun yg sama dgn pokok cili, baca label racun dan pilih yg sesuai utk pkk terung.

Jenis Penyakit : Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum)
Simptom : Pokok jadi layu, batang dan ranting jadi kecut dan kering.
Amalan Kultur : Giliran tanaman, Guna jenis yang tahan penyakit, Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.

Jenis Penyakit : Reput Buah (Phomospsis vexans)
Simptom : Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun, buah jadi lembut dan reput.
Amalan Kultur : Guna benih bermutu, Musnahkan buah yang diserang
Racun Kimia : Mancozeb

Jenis Penyakit : Layu disebabkan kulat (Rhizoctonia solani & Sclerotium rolfsii)
Simptom : Pokok layu dan mati
Amalan Kultur : Cabut dan buang pokok berpenyakit, Saliran baik, PH tanah jangan terlalu asid.
Racun Kimia : Quintozene, Pencycuron

Hasil Terung per Hektar : 13,000 kg hingga 25,000 kg. Bermakna 1 pokok menghasilkan antara 1.3kg ke 2.5 kg. Purata 2kg. Tapi ada yg boleh hasilkan sehingga 5-6kg/pkk.

Kos per kg bagi tanaman Terung secara konvensional (atas batas) adalah RM1.05.
Jadi kena jual lebih dari RM1.10/kg baru boleh UNTUNG.
Read On 1 comments

Set Mini Fertigasi - 20 Pokok

Monday, March 01, 2010



SET MINI FERTIGASI 20 POKOK.


Sesuai utk konsep "EDIBLE GARDEN", penggemar hobi yg sihat serta para usahawan yg baru berjinak dalam dunia PERTANIAN.


BENIH DAN SEMAIAN


1) Biji Benih.

Biji benih cili kulai F568

Biji benih terung bulat. (jika ada stok)

benih kalian (jika ada stok)

Biji benih sawi putih (jika ada stok)

Biji benih timun (jika ada stok)

2) Trai Semaian ( 20 lubang)

3) Peat Moss ( Media Tanaman)


MEDIA TANAMAN


4) 20 keping polibag itam UV ( 16” X 16”)


PERALATAN PAIP DAN SIRAMAN

5) 20 unit Dripper

6) 20 unit Microtube

7) 2 unit Off Take Valve 16mm

8) 1 unit penebuk lubang

9) 1 unit poly End cap 16mm

10) 4 unit poly equal elbow 16mm

11) 1 unit poly equal tee 16mm

12) 1 unit poly straight coupler 16mm

13) Polypipe 16mm

14) 22 kaki hamparan Silver Shine 4’ x 0.04mm

15) 1 set baja Fertigasi A & B

16) 1 unit pam air aquarium.


PERALATAN PENYUKAT


17) 1 unit digital Timer ( 8set masa)

18) panduan ringkas pemasangan dan Jadual

penyiraman.


PERALATAN LAIN.


(perlu disediakan sendiri dan boleh didapati di kedai hardware dan nursery)

19) media tanaman iaitu sekam baker /cocopeat (sabut kelapa) / tanah itam.

20) 1 unit simpanan air

21) 40 biji batu bata pasir ( jika perlu)




DAPATKAN SET MINI FERTIGASI - 20 POKOK

RM 200.00 ( pengambilan sendiri di sungai petani)
RM 220.00 ( Pos Malaysia - Parcel)
RM 250.00 ( Pos Malaysia- Pos Laju)

mohd romizan :- 013-584 1514 untuk tempahan.

Apa yang akan anda dapat. Gambar di bawah harap dapat menjelaskan.




















Hubungi Bestway Agro dengan segera untuk mendapatkan set mini FERTIGASI anda.
mohd romizan :- 013-584 1514 untuk tempahan.


cara-cara nye adalah :-

1 amik peat moss letak dlm tray semaian.jgn terlalu padat / jgn terlalu longgar..buat lubang guna jari telunjuk..pastu tanam benih.jaga.bg baja selama sebulan. / ada 4-5daun. baru tranfer ke polibag.


set up kebun..pasang silvershine..letakkan medium tanaman ( sabut kelapa / sekam bakar / tanah) pasang mikrotube..pasang dripper..paip pipe system..set timer..bancuh air baja..

taa daaaa dah siappp...






Read On 11 comments

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS