BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Terung Fertigasi

Labels:
Penanaman terung (panjang/bulat) secara FERTIGASI

Penyediaan Anak Benih : Biji Benih perlu dicambahkan menjadi anak benih di dalam tray semaian selama 6 minggu sebelum ditanam di ladang.

Jarak tanaman : 90 cm @ 3 kaki (center to centre). Jadi jarak antara polybag dgn polybag (saiz 16 x 16), lebih kurang 2 kaki.

Kepadatan : 10,000 pokok / hektar.

Sokongan : Kayu penyokong amat perlu bagi meningkatkan kualiti dan hasil buah terung. Kayu bulat bergaris pusat 5 cm, 1.5 - 1.8 m panjang dipacak sedalam 30cm pada jarak 2 m di tengah batas dan dawai tegang direntang di antaranya. Pokok Terung diikatkan dengan tali rafia ke dawai tersebut bagi mengelak pokok rebah dan buah terkena tanah.

Cantasan : Cantasan bertujuan untuk membuang dahan kecil yang berlebihan di bahagian bawah pokok semasa pokok masih muda, iaitu dengan menggunting atau mengerat dahan dengan pisau tajam.

Kesimpulan Awal: GERAK KERJA DI KEBUN TERUNG, SAMA MACAM DI KEBUN CILI.

Keperluan Air : Terung memerlukan air sebanyak 0.3 - 1.0 L/hari untuk pokok yang matang.

Pengawalan Perosak :-

Jenis Perosak : Kumbang Daun (Epilachna indica)
Kerosakan : Makan lapisan atas daun menyebabkan daun jadi lutsinar.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Carbaryl, Trichlorfon

Jenis Perosak : Ulat Lipat Daun (Psara bipunctalis)
Kerosakan : Menggulung daun dan makan tisu-tisu bahagian dalam gulungan daun.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Carbaryl, Acephate

Jenis Perosak : Penggorek pucuk dan buah (Leucinodes orbonalis)
Kerosakan : Korek pucuk dan buah. Terdapat sisa-sisa najis pada buah.
Amalan kultur : Cantas dan bakar bahagian yg diserang.
Racun Kimia : Permethrin, Lambda-cyhalothrin

Jenis Perosak : Kutu Daun (Aphis gossypii Kock)
Kerosakan : Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot.
Amalan kultur : Kutip dan musnahkan daun yg diserang.
Racun Kimia : Dimethoate , Malathion (Racun utk Cili juga)

Jenis Perosak : Hama
Kerosakan : Hisap cecair pada daun dan buah
Racun Kimia : Dicofol, Propargite, Amitraz (Cth: Brand - Mitac)

Jenis Perosak : Kutu Trip
Kerosakan : Hisap cecair sel daun dan mengikis permukaan buah.
Jenis Racun : Methiocarb, Furathiocarb, Fumidachloprid

TIPS : Semasa BERBUNGA adalah waktu paling KRITIKAL. KENA RACUN KERAP ketika berbunga. Selang 2-3 hari sekali. Nak JIMAT, guna racun yg ada dalam stok. Saya guna racun yg sama dgn pokok cili, baca label racun dan pilih yg sesuai utk pkk terung.

Jenis Penyakit : Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum)
Simptom : Pokok jadi layu, batang dan ranting jadi kecut dan kering.
Amalan Kultur : Giliran tanaman, Guna jenis yang tahan penyakit, Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.

Jenis Penyakit : Reput Buah (Phomospsis vexans)
Simptom : Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun, buah jadi lembut dan reput.
Amalan Kultur : Guna benih bermutu, Musnahkan buah yang diserang
Racun Kimia : Mancozeb

Jenis Penyakit : Layu disebabkan kulat (Rhizoctonia solani & Sclerotium rolfsii)
Simptom : Pokok layu dan mati
Amalan Kultur : Cabut dan buang pokok berpenyakit, Saliran baik, PH tanah jangan terlalu asid.
Racun Kimia : Quintozene, Pencycuron

Hasil Terung per Hektar : 13,000 kg hingga 25,000 kg. Bermakna 1 pokok menghasilkan antara 1.3kg ke 2.5 kg. Purata 2kg. Tapi ada yg boleh hasilkan sehingga 5-6kg/pkk.

Kos per kg bagi tanaman Terung secara konvensional (atas batas) adalah RM1.05.
Jadi kena jual lebih dari RM1.10/kg baru boleh UNTUNG.
1 comments:

sya ada tanam terung sya gunakan baja dari tahi lembu kemudian sya siram wktu petang.ada 4 5 pokok yg daun dgn pucuk jadi mengrekot dn berubah jd kuning daunnya.ada yg 1pokok trus jd mcm 2.tp pokok x mati cma daun mcm keringting.pokok2 lain yg sya siram x pulak jd mcm tu.ada mslah dgn tanah atau baja semulajdi yg sya siram 2?


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS