BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Pewangi Sisa Buah-Buahan

Saturday, February 06, 2010


TAHUKAH bahawa anda mampu menghasilkan penyegar udara sendiri dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayuran dari dapur rumah?


Ia bukan sahaja satu langkah penjimatan kerana tidak perlu membeli semburan penyegar di kedai, malah penyediaannya tidak melibatkan kos yang mahal. Anda hanya perlu menunggu tiga bulan untuk mendapatkan hasilnya.


Sekumpulan pelajar Kolej Taylor's yang terlibat dalam demonstrasi membuat ekoenzim sempena minggu Go Green memberitahu, untuk menyediakan ekoenzim seseorang itu hanya memerlukan sisa buah-buahan atau sayuran, gula perang dan air.


Menurut Akmal Arif, 19, ekoenzim merupakan satu larutan kompleks yang dihasilkan melalui proses pemeraman antara campuran sisa dapur yang segar seperti buah-buahan dan sayuran, gula serta air.


"Enzim ini mudah dihasilkan dan boleh disediakan sendiri oleh setiap isi rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah campurkan 10 bahagian air, satu bahagian gula dan tiga bahagian sisa dapur ke dalam bekas kedap udara.


"Bekas itu kemudian perlu ditutup ketat dan disimpan selama tiga bulan, tetapi penutupnya perlu dibuka atau dilonggarkan setiap hari untuk melepaskan gas," katanya ketika menerangkan kaedah penyediaan ekoenzim.


Sementara itu, rakan sekumpulannya, Nasrul Yusof, 19, menerangkan bahawa kaedah menjadikan ekoenzim berbau wangi adalah dengan menggunakan sisa buangan buah-buahan sitrus.


"Selain dijadikan semburan penyegar udara, ekoenzim juga boleh digunakan untuk mencuci lantai, melembutkan fabrik, baja organik serta boleh digunakan untuk membasuh baju.
"Apa yang perlu dilakukan adalah mencampurkan satu penutup botol ekoenzim dengan air, kemudian ia boleh digunakan dalam cucian," jelasnya.
Read On 0 comments

Jenis Sayuran - Pulangan Yang Lumayan

Friday, January 29, 2010
Jika anda mempunyai 1 Hektar tanah pertanian, sayuran apakah yang harus anda tanam? Antara yang patut anda beri perhatian adalah sayuran seperti di bawah ini:-

Top 10 Sayur - Yang Memberi Pendapatan Yang Lumayan (Semusim)

1) Jagung Sayur @ Baby Corn

2) Cili Merah Kulai

3) Kacang Buncis

4) Kailan

5) Kacang Panjang

6) Sawi Jepun

7) Bendi

8) Kubis Panjang

9) Sawi Putih

10) Flokoli (Kacukan Kubis Bunga dan Brokoli)

Sayur yang anda tanam tidak terdapat dalam senarai di atas. Kenapa anda tanam sayur tersebut?

  • Syok2 ....Hobi
  • Senang nak jaga
  • Senang Nak Jual
  • Benih Murah dan Mudah didapati
  • Ikut kawan tanam
  • Jawapan apa lagi?





Cuba lihat senarai di bawah ini, mungkin tersenarai di sini.

Tempat ke 11 hingga 20 :

11) Labu Manis / Pumpkin

12) Kacang Panjang Renek

13) Kubis Bunga

14) Bawang Merah

15) Kacang Botor

16) Bayam

17) Sawi Pahit

18) Brokoli

19) Cendawan Tiram

20) Sawi Hijau



Masih x ada dalam senarai Top 20. Mungkin ada di bawah ni.

21) Terung Panjang (dan Terung Bulat)

22) Kubis Bulat

23) Asparagus

24) Timun

Ini hanyalah berdasarkan pendapatan bersih semusim per hektar utk Hasil yang Rendah dengan Harga Ladang Rendah.
Read On 0 comments

Cili - Buah Peringkat Ke-3

Wednesday, January 27, 2010
Tanaman cili memerlukan penjagaan yang lebih berbanding tanaman sayuran yang lain. Pengusaha cili perlu menjaga selama 4 bulan bermula dari tarikh disemai sebelum cili mula dituai selama 4 bulan.
Dalam tempoh 3 bulan pertama cili dituai, buah peringkat pertama dan kedua dipetik. Tetapi di bulan ke-4, hasil dikategori sebagai buah peringkat ketiga atau 'buah pokok tua' kerana saiz buah yang kecil atau 'ketot' (tidak sampai sejengkal).
Di bulan ke-4, kebanyakkan pengusaha tidak memberi baja AB tetapi menggantikan dengan baja biji NPK di mana kandungan K sekitar 30% atau lebih. (Baja Buah) Cth : NPK 13-5-30 + Boron + Si. Dan mula tidak meracun langsung atau tidak mengikut jadual yang ketat. Ini hanyalah untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
Pada ketika ini, buah yang kecil ini lebih sesuai dijual pada pengusaha kedai makan kerana mereka tidak kisah dengan saiz yang kecil, janji harga murah dan elok. Kurang sesuai dijual kepada pemborong, selain tidak diterima kebanyakkan pemborong atau diambil dengan harga murah yang tidak munasabah. Cth : Harga Ladang rendah : RM4.00/kg tetapi pemborong sanggup ambil sekitar RM1.50 - RM2.00/kg sahaja. (Dibawah harga kos). Lebih baik jual cili hijau.
Kepada pengusaha cili, buatlah pilihan yang tepat samada mengutip hasil sehingga hujung bulan ke-3 tuaian atau menggantikan baja kepada baja NPK dan kurangkan penggunaan racun jika hendak teruskan tuaian hasil sehingga penghujung bulan ke-4. Pada bulan ke-4, memang kurang sekali putik bunga terhasil, ianya menunjukkan pokok sudah sampai ke penghujung hayatnya.
Read On 0 comments

Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan

Friday, January 22, 2010

Tuan Haji Jamaludin bin Lawani, merupakan ahli PPK Cameron
Highlands penyandang Peladang Jaya Lelaki Tahun 1995, telah lebih
17 tahun mengusahakan projek tanaman sayuran pelbagai secara
konvensional dan fertigasi. Tanaman sayuran yang diusahakan secara
konvensional di Sungai Palas di atas kawasan seluas 15 ekar meliputi
sayuran campuran seperti kobis, kacang buncis, kamcham, sawi putih
dan sawi jepun.

Bagi sayuran jenis berdaun, secara purata beliau memperolehi hasil
antara 10 hingga 15 tan/ekar dan sayuran jenis berbuah hasil
pengeluaran mencapai sehingga 25 tan/ekar setiap pusingan. Dalam
tempoh setahun beliau berupaya mengusahakan tanaman sayuran
pelbagai jenis sehingga 6 pusingan. Beliau memasarkan hasil
pengeluaran secara jualan sendiri di Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala
Lumpur. Manakala jualan secara borong dengan harga RM1.80/kg
adalah kepada pengeksport yang akan memasarkan hasil-hasil tersebut
ke Singapura.

Disamping itu, Tuan Haji Jamaludin juga mengusahakan tanaman bunga
ros seluas 1.5 ekar di lokasi yang sama. Kebun bunga beliau boleh
memuatkan 35,000 pokok bunga sepusingan. Hasil bunga turut dijual
kepada pengeksport yang akan memasarkannya ke Singapura. Secara
purata beliau berupaya memperolehi hasil diantara RM15,000 hingga
RM20,000 sepusingan.

Seiring dengan saranan kerajaan untuk mentransformasikan pertanian
menerusi teknologi, Tuan Haji Jamaludin telah menyahut seruan tersebut
dengan meneroka tanah kerajaan yang disewa secara TOL seluas 18
ekar di Lojing, Gua Musang, Kelantan untuk tanaman tomato secara
fertigasi. Sehingga kini beliau telah mengusahakan tanah tersebut seluas
5 ekar. Bagi setiap ekar tanah, beliau membina 18 unit rumah pelindung
hujan yang bersaiz 22’ X 90’ untuk menempatkan sebanyak 10,000
pokok tomato. Kos semasa bagi pembinaan rumah pelindung hujan
lengkap dengan infrastruktur yang lain ialah RM80,000 seekar.

Sehingga kini beliau telah melabur sejumlah RM1.8 juta bagi
merealisasikan hasratnya. Manakala 3 ekar tanah lagi telah disiapkan
infrastruktur untuk menempatkan tambahan 30,000 pokok.
Memandangkan pasaran buah tomato adalah baik, beliau telah
meluaskan kawasan tanaman tomato berdasarkan baki kawasan yang
ada.

Hasil tomato boleh dikutip selepas 2 bulan ditanam. Secara purata beliau
memperolehi hasil sebanyak 2 tan seminggu dan buah ini boleh dikutip
berterusan sehingga 3 bulan. Jangkahayat tanaman tomato untuk
sepusingan adalah selama 6 bulan, selepas itu pokok lama akan dicabut
untuk digantikan dengan pokok yang baru. Dalam tempoh setahun,
beliau berupaya melaksanakan 2 pusingan penanaman. Beliau mampu
meraih hasil pengeluaran sehingga 50 tan/pusingan untuk kapasati
50,000 pokok. Bagi memastikan pemasaran hasil terjamin, beliau
mengikat perjanjian ‘contract marketing’ dengan FAMA pada harga
RM1.80/kg.

Secara keseluruhan segala usaha beliau dalam pertanian komersial ini
memberikan hasil keluaran bulanan sebanyak RM200,000 dengan
pendapatan bersih sekitar RM40,000 sebulan.
Read On 0 comments

Petani Beli Peralatan Pertanian SEPARUH HARGA

Friday, January 22, 2010
PONTIAN 7 Jan. - Ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Tengah di sini gembira dengan pelaksanaan program geran padanan (matching grant) kerana ia membantu mereka mendapat peralatan pertanian dengan separuh harga.Program yang mula diperkenalkan tahun ini adalah hasil usaha Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara.Utusan Malaysia sempat menemui beberapa petani yang menerima sijil pembelian peralatan kecil pertanian yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan, di Ayer Baloi, di sini, baru-baru ini.
Seorang petani, Suparman Manan, 62, dari Kampung Parit Panjang berkata, beliau membeli seunit penyembur yang dikenali Power Sprayer bagi memudahkan kerja meracun di kebun kelapa sawit miliknya yang berkeluasan empat hektar.Katanya, harga yang ditawarkan bagi membeli peralatan tersebut ialah RM750 berbanding harga asal sebanyak RM1,500 dan ini banyak membantu golongan petani sepertinya.Menurut beliau, dengan adanya peralatan tersebut akan melancarkan lagi kerja-kerja penyemburan racun bagi memastikan kebersihan ladangnya."Ini penting bagi memberikan pengeluaran hasil yang memuaskan di samping mutu buah kelapa sawit yang memenuhi kehendak pasaran pada sepanjang masa," ujarnya.Suparman mengucapkan terima kasih kepada PPK Pontian Tengah kerana sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli sekali gus memajukan taraf hidup mereka.
Bagi Mohd. Nor Ibrahim, 43, pula telah membeli sebuah mesin rumput yang akan digunakan di kebun kelapa sawit seluas 2.8 hektar bagi kerja-kerja memotong rumput dan sebagainya.Menurutnya, di samping berkebun, beliau juga melibatkan diri dengan kegiatan menternak kambing dan lembu bagi menambahkan lagi pendapatan keluarga."Memandangkan harga kelapa sawit tidak menentu, hasil penjualan kambing dan lembu akan membantu memberikan pendapatan tambahan."Dengan kos sara hidup yang semakin bertambah, golongan petani dan peladang memerlukan pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi menyara kehidupan," ujarnya.
Turut sama membeli peralatan pertanian melalui skim tersebut adalah Haron Dakyem, 50, dari Kampung Parit 2, Sanglang yang mengusahakan tanaman kontan di atas tanah seluas 1.6 hektar.Katanya, antara tanaman yang diusaha kini ialah seperti ubi, keladi, pisang dan lain-lain yang kini mendapat pasaran menggalakkan sama ada oleh orang perseorangan atau menjualnya di pasar-pasar tani.Menurut beliau, usaha pertanian masa kini memerlukan peralatan moden bagi mempercepatkan kerja-kerja di kebun agar pengeluaran hasil dapat ditingkatkan sepanjang masa."Saya bersyukur kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada sektor pertanian dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi meningkatkan taraf hidup kami," jelas Haron.
Seorang lagi ahli PPK Pontian Tengah, Yusof Samingan, 55, berkata, sebagai petani yang menuju kearah permodenan, peralatan yang berteknologi tinggi amat diperlukan bagi melakukan tugas-tugas seharian.Katanya, sebab itu beliau tidak melepaskan peluang yang ditawarkan melalui skim geran padanan ini kerana harga peralatan yang ditawarkan adalah sangat menarik.Dalam masa katanya, ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja memandangkan golongan muda kurang berminat untuk melakukan kerja-kerja di kebun atau ladang.
Read On 0 comments

AgroBazar Kedai Rakyat tingkatkan ekonomi

Sunday, January 17, 2010
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara agensi Kementerian dan Industri Asas tani yang memperkenalkan banyak program untuk membantu masyarakat luar bandar meningkatkan ekonomi mereka.

Antara yang diperkenalkan ialah AgroBazar Kedai Rakyat iaitu satu program membantu meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama di kawasan luar bandar.

AgroBazaar Kedai Rakyat berkonsepkan perniagaan milik usahawan dengan identiti tersendiri serta menjual barangan keperluan asas pada harga yang dikawal.

FAMA akan membekalkan papan tanda berlampu serta rak yang bersesuaian bagi mewujudkan suasana menarik dan seragam dengan konsep perniagaan yang akan dijalankan.

Bagi tahun ini, sebagai permulaan, FAMA mensasarkan penubuhan sejumlah 40 buah AgroBazaar Kedai Rakyat.

Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pula dijangkakan jumlahnya akan mencecah sehingga 1,000 unit di seluruh negara.

Ini adalah selaras dengan misi FAMA untuk membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.



Salah seorang usahawan yang telah menyertai program FAMA ini ialah Muhamad Idris Mansor dari Kg. Sungai Baru, Kuala Sanglang, Kedah.

Berusia 36 tahun, beliau yang dahulunya menjadi nelayan kini telah berjaya membangunkan perniagaan borong dan runcit di Kg. Simpang Sanglang, Perlis, terletak bersempadan Negeri Kedah dan Perlis).

Minatnya untuk berniaga timbul sejak zaman persekolahan di Ipoh dengan mengusahakan perniagaan air soya, tauhu dan taufu fah.

Selepas menamatkan pengajiannya di Sekolah Agama (2 Senawi), beliau kembali ke kampung halamannya di Kuala Sanglang dan menjalani penghidupan sebagai nelayan selama lima tahun.
Kesukaran serta kesulitan hidup yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut telah membuka hati beliau untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang perniagaan.

Beliau memulakan perniagaan gerai tepi jalan dengan menjual hasilan laut dan sayur-sayuran yang diperolehi daripada nelayan dan petani dari kawasan berhampiran.

Berkat usaha gigih serta sokongan isterinya, Aziroh Abu Bakar serta enam anak, perniagaannya terus berkembang sehingga membolehkan beliau menyewa rumah kedai tempat perniagaannya sekarang.

Kini beliau mengusahakan perniagaan kedai runcit, barangan basah (ikan, daging, ayam, sayur dan buah), barangan sejuk-beku dan stesen minyak mini.

Di samping itu, perniagaan beliau juga bertindak sebagai pembekal (pemborong) kepada peniaga-peniaga kecil di persekitaran.

Bermula Julai lalu, beliau menerima tawaran daripada pihak FAMA Negeri Perlis untuk menyertai program AgroBazaar Kedai Rakyat.

Penyertaannya membolehkan beliau menerima bantuan daripada FAMA meliputi penyediaan papan tanda, mengecat bangunan perniagaan, pinjaman rak perniagaan, payung serta kanopi di samping bekalan secara produk Agromas keluaran FAMA.

Menurut Muhamad Idris, kewujudan AgroBazaar Kedai Rakyat telah memberi nafas baru kepada perniagaannya di mana nilai jualan harian meningkat antara 20 dan 30 peratus.
Ini disebabkan keunikannya di samping konsep perniagaan yang mampu menarik lebih ramai pelanggan.

Sehubungan itu, beliau berhasrat untuk memperbesarkan perniagaannya lagi dengan meluaskan premis perniagaan serta menambah cawangan di pekan berhampiran.

Setelah 12 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, pulangan yang diperoleh amat membanggakan sehingga beliau mampu memiliki rumah sendiri bernilai RM 100,000 di samping membeli sebuah rumah kedai, sebuah kedai makan, sebuah perahu, kereta dan van.
Adalah diharapkan pencapaian beliau ini mampu memberi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk terus bergiat serta memajukan diri di bidang perniagaan.

FAMA akan sentiasa membantu dengan program dan aktiviti yang telah ditetapkan ke arah mewujudkan usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa batasan agama, bangsa atau budaya selaras dengan konsep Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Read On 0 comments

Strategi Pemasaran - Kedai Runcit

Saturday, January 16, 2010
Di bawah ini, ada petikan yg saya perolehi dari Kosmo, Kedai Runcit Masih Relevan

Selain tidak pernah sunyi dengan kerancakan arus pembangunan, penduduk di kawasan bandar turut menyaksikan tumbuhnya pasar raya hiper ibarat cendawan selepas hujan.

Fenomena pertumbuhan pasar raya hiper bagaimanapun dilihat mengakibatkan 'sakit kronik' kepada kedai-kedai runcit yang telah wujud sejak sekian lama.

Ada yang berpendapat, kemunculan pasar raya hiper mendatangkan tekanan dan impak yang hebat terhadap industri runcit di negara ini.

"Kehadiran pasar raya hiper banyak membantu konsumer. Mereka menyediakan tempat parkir yang luas, percuma, ruang beli-belah yang bersih dan selesa serta harga jauh lebih murah daripada apa yang boleh didapati di kedai runcit.

"Semua barang termasuk keperluan harian dan barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam ada di jual. Begitu juga dengan pakaian dan produk-produk lain semuanya ada di bawah satu bumbung dan ini menyenangkan serta menjimatkan masa pengguna," kata pengguna Saifuddin Iskandar mengenai pandangannya tentang kehadiran pasar raya hiper.

Revolusi industri runcit

Pasar raya hiper ialah sebuah gudang atau gedung besar yang menggabungkan konsep pasar raya dan gedung harian.

"Hasilnya ialah sebuah premis runcit yang sangat besar dan menawarkan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung termasuk barang runcit dan produk am. Sehubungan itu pasar raya hiper menawarkan apa yang mereka perlukan dalam satu minggu hanya dalam satu perjalanan beli-belah," kata aktivis pengguna Gurmukh Singh.

Menurut Singh industri pasar raya hiper membuka tirai di Malaysia pada 1994 apabila Carrefour membuka premis pertamanya di Subang Jaya, Selangor. Ia diikuti dengan hipermarket Giant Cash & Carry di UEP Subang Jaya. Setahun kemudian, ia mencetus satu revolusi dalam industri runcit di negara ini.

Menurut http://shoppers.bluehyppo.com/hypermarkets.asp sehingga tahun 2003 saja terdapat 22 pasar raya hiper di Semenanjung Malaysia.

Selangor paling banyak dibanjiri pasar raya hiper tetapi beberapa tahun kebelakangan terdapat lebih banyak pasar raya hiper yang baru dibuka serta dalam pembinaan di negeri-negeri Pantai Timur. Walaupun menerima impak dengan kewujudan pasar raya hiper, hayat kedai runcit masih lagi panjang.

"Kedai runcit dan juga pasar mini masih ada tempatnya di kalangan konsumer terutama di bandar dan pekan kecil serta kampung.

"Impak yang lebih ketara dengan kehadiran pasar raya hiper sebenarnya dirasakan oleh pasar raya. Ini kerana pasar raya hiper dan pasar raya menarik pengguna daripada kumpulan yang sama," kata beliau.

Menurut Singh dalam aspek itu pasar raya menerima tekanan kerana pengguna rata-rata berpendapat bahawa barang yang dijual di pasar raya hiper lebih murah berbanding di pasar raya.

"Pengguna di negara ini sensitif pada harga dan ini menyebabkan mereka memilih pasar raya hiper. Bagi kedai runcit, mereka tidak perlu gusar kerana kedai runcit biasanya mempunyai kumpulan pelanggan yang setia."
Read On 0 comments

Pukat Timun atau Jaring Timun

Friday, January 15, 2010
Bagi mereka yang menanam tanaman sayuran jenis menjalar ke atas seperti kacang panjang, kacang buncis, timun, peria dan sebagainya, pasti akan memikir cara yang terbaik untuk menyediakan junjung sebelum memilih untuk memulakan tanaman tersebut.

Untuk tanaman timun fertigasi yang moden, kita boleh memilih samada hendak menggunakan pukat timun , jaring timun atau tali rafia yang ada UV sebagai sokongan kepada tumbuhan tersebut menjalar. Yang penting, kayu junjung mestilah teguh dengan ketinggian 8 kaki (ideal) untuk kaedah fertigasi.

Kenapa pilih kayu ketinggian 8 kaki? Pokok timun selalunya memerlukan 6 kaki untuk menjalar ke atas, tetapi dengan kaedah fertigasi, kita perlu ingat, ketinggian polybag sudah 1 kaki. Jadi kayu junjung tersebut ditanam sekaki dalam, 1 kaki tinggi polybag dan yang tinggal hanya 6 kaki untuk pokok timun menjalar.

Antara pukat timun, jaring timun dan tali rafia berUV, yang mana lebih sesuai? Yang mana lebih tahan? Yang mana lebih JIMAT? Yang paling jimat, sudah tentu yang menggunakan tali rafia berUV, diikuti dgn jaring timun.

Tetapi ramai petani moden telah beralih menggunakan pukat timun atau jaring timun menggantikan tali rafia berUV. Kenapa? Lebih MUDAH, kerana tidak perlu membuat bentuk kotak seperti jala jika menggunakan tali rafia.

Saya sendiri telah menggunakan kaedah pukat timun dan juga jaring timun. Di antara keduanya, saya lebih suka menggunakan jaring timun kerana lebih MUDAH dan lebih JIMAT. Kenapa jaring timun lebih mudah berbanding pukat timun? Kerana tidak perlu memotong untuk mendapatkan ketinggian yang seragam. Kenapa lebih JIMAT? Kerana kosnya lebih murah untuk keluasan yang sama. Contoh, untuk keluasan 1/4 relung, jika jaring timun hanya memerlukan kos RM250, tetapi untuk pukat timun kosnya hampir RM500.

Ketahanan? Yang ni saya tidak pasti lagi, masa akan menentukannya. Saya akan beri maklumat tentang perkara ini di masa hadapan InsyaAllah.

Kami @ Bestway Agro ada menjual jaring timun dengan harga RM28.00 segulung dan juga pukat timun dengan harga RM18/kg (Tidak termasuk kos penghantaran). Jadi marilah bersama-sama menanam tanaman TIMUN secara FERTIGASI. Maju pertanian untuk agama, bangsa dan negara.

PERTANIAN adalah PERNIAGAAN.
Read On 1 comments

GERAN Kerajaan

Saturday, December 26, 2009
Lahir 12,000 usahawan tani
Utusan Malaysia
Lahir 12,000 usahawan tani

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 21 Dis. - Seramai 12,000 usahawan tani berjaya dilahirkan melalui pelbagai program pembangunan usahawan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di seluruh negara setakat ini.

Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Azini Mohd. Shahid berkata, daripada jumlah itu, 20 peratus berjaya mendapat pendapatan RM2,000 sebulan.

"Ini sesuatu yang membanggakan dan sambutan luar biasa diterima setiap kali kementerian mengadakan program di seluruh negara menandakan para usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu untuk meningkatkan ekonomi mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"Setakat ini sebanyak tujuh program telah dijalankan dan Parlimen Parit Sulong merupakan kawasan pertama dalam negeri Johor mengadakan Bengkel Teknologi Reka Bentuk Pembungkusan dan Pembangunan Jenama produk usahawan industri asas tani," katanya di sini semalam.

Bengkel anjuran bersama Ahli Parlimen Parit Sulong itu diadakan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Sulong itu mendapat sambutan daripada 40 pengusaha PKS di sekitar Parlimen Parit Sulong.

Azini berkata, pada tahun depan, pihaknya akan mengadakan Program Pembasmian Kemiskinan dan Parlimen Parit Sulong tersenarai dalam program berkenaan.

"Dalam program itu, pengusaha akan diberi bantuan berupa peralatan dan teknikal bernilai RM10,000 seorang agar dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk keluaran mereka," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad semasa merasmikan bengkel itu berkata, bengkel usahawan yang julung kali diadakan di Parlimen Parit Sulong itu memberi peluang kepada pengusaha PKS agar dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam meningkatkan kualiti produk mereka

"Mereka diajar bagaimana pembungkusan yang terbaik, pelabelan, pemasaran dan fotografi agar produk yang dipasarkan nanti mendapat sambutan," katanya.

Katanya, 40 peserta yang berjaya menamatkan bengkel dengan sempurna berpeluang mendapat geran pemadanan iaitu kerajaan akan membiayai 80 peratus kos penghasilan produk yang dikeluarkan.

"Contohnya, sekiranya pengusaha memerlukan modal RM10,000, maka 80 peratus daripadanya akan dibiayai oleh kerajaan dan pengusaha hanya perlu mengeluarkan modal 20 peratus sahaja," katanya.
Read On 0 comments

Pengganti DRIPPER

Tuesday, December 22, 2009

Apa kegunaan dripper? Berapa harga satu dripper? Hmmm....Ada yang jual dgn harga 8 sen dan ada yang jual sehingga harga RM2.00, siap ikut pressure lagi (2 Liter per minit). Ada local dan ada yang di import (negara Australia atau ISRAEL). Utk maklumat anda semua, harga satu dripper dari salah satu kilang di Perak hanyalah 3 sen sahaja, tetapi sudah melalui beberapa 'tangan' yang nak ambil untung.

Pada pendapat saya, dripper hanya berfungsi sebagai mengalirkan titisan air dari microtube sahaja dan supaya hujung microtube tidak tersumbat dengan media seperti sekam bakar atau cocopeat. Dan jika tidak diguna, boleh menutup hujung microtube dengan dripper supaya air tidak keluar.
NAK LAGI MURAH DAN JIMAT, potong polypipe/tubing (saiz 16mm/20mm) TERPAKAI, dengan salah satu hujungnya di potong menyerong supaya hujung tajam dan mudah dicucuk ke dalam media (sekam/cocopeat). buat lubang kecil di hujung lagi satu(dengan penebuk lubang microtube) supaya microtube mudah dicucuk. Ianya berfugsi seperti dripper, mengalirkan titisan air dan memegang microtube supaya tidak bergerak. Jika tak nak guna, BAKAR hujung microtube supaya air tidak dapat mengalir, dan bila nak guna semula, potong kembali hujung yang sudah dibakar. Atau nak mudah, pindah aje ke microtube ke polybag yang berdekatan, tanpa perlu dibakar hujungnya.(Hanya kedudukan sementara SAHAJA).
Read On 2 comments

MICROTUBE

Saturday, December 19, 2009
Microtube adalah saluran paip yang mengalirkan air/air baja antara sub-polypipe(tubing) ke dripper. Terdapat 2 size microtube yang digunakan di dalam kaedah fertigasi iaitu microtube 1 mm dan 4 mm. Semasa kaedah fertigasi mula diperkenalkan, penggunaan microtube bersaiz 4 mm banyak digunakan tetapi perubahan sentiasa berlaku untuk penambahbaikan dimana microtube bersaiz 1 mm semakin meluas digunakan.

Tujuan utama peralihan penggunaan microtube bersaiz 4 mm ke microtube bersaiz 1 mm adalah untuk menjimatkan KOS serta mengurangkan masalah microtube 'TERSUMBAT'.
Jika kita menggunakan microtube bersaiz 4 mm, kita terpaksa menggunakan nipple dan juga dripper yang mana ia juga melibatkan KOS yang lebih, TETAPI jika kita menggunakan microtube bersaiz 1 mm, kita TIDAK perlukan nipple dan dripper.

Jadi MENGAPA PERLU BERBELANJA LEBIH UNTUK TUJUAN YANG SAMA? Pilihlah microtube bersaiz 1 mm untuk projek fetigasi anda . Kalau dah pakai microtube bersaiz 4 mm dalam projek fertigasi anda, TERUSKAN dan JANGAN MEMBAZIR tetapi bertukarlah ke penggunaan microtube bersaiz 1 mm untuk projek seterusnya (membesarkan kawasan).

KAMI ADA MENAWARKAN JUALAN MICROTUBE 1 mm dengan harga ISTIMEWA RM299/roll (tidak termasuk kos penghantaran). Anggaran panjang microtube tersebut adalah 1000 meter. Hubungi kami di 013-584 1514 untuk membuat tempahan segera.
Read On 4 comments

POLYBAG

Tuesday, December 15, 2009
Penggunaan polybag adalah wajib jika menggunakan kaedah fertigasi. Bagaimana nak pilih polybag yang sesuai utk tanaman fertigasi.

Di pasaran terdapat berbagai jenis polybag. Ada yang berwarna hitam, ada yang berwarna putih, ada yang hitam di dalam putih di luar, dan ada yang mempunyai kandungan UV dan ada yg tidak. Dan bermacam-macam saiz.

Pada pendapat saya, pilihlah yang beri lebih 'Nilai utk wang Anda'. Tengok budget. Saya pernah menggunakan polybag putih dan polybag hitam. Tetapi yang penting TAHAN LAMA. Apa yang menyebabkan sesuatu polybag itu tahan lebih lama. KANDUNGAN UV. Lebih banyak UV lebih tahan lama.

Macamana nak periksa kandungan UV? Saya tidak boleh menjawab dengan tepat. Tetapi TIPnya adalah dengan menarik bucu polybag tersebut. Jika lebih liat dan susah nak koyak maka boleh la dikatakan kandungan UVnya bagus.

Saiz pulak macamana? Ada yg guna saiz kecil, ada yang saiz besar. Pilihlah yang ada di pasaran, standard size. Jika tidak, kena buat tempahan dan minimum order selalunya 300Kg, baru kilang nak buatkan.

Masing-masing ada pendapat sendiri tentang pilihan saiz polybag tersebut. Saya pun mempunyai pendapat tersendiri.

Pilihan saya ialah POLYBAG HITAM UV saiz 18 x 16.

Berapa harga utk satu Kg polybag yang anda bayar sekarang?

Ini tawaran saya:

POLYBAG PUTIH UV : RM6.90/KG
POLYBAG HITAM UV : RM6.50/KG


Tidak termasuk kos penghantaran.

MAJULAH PERTANIAN UTK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1431.
Hijrah utk KEBAIKAN.
Read On 4 comments

Timun Fertigasi 1 : Penanaman Fasa ke 2

Sunday, December 06, 2009

















































Read On 0 comments

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS