BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan


Tuan Haji Jamaludin bin Lawani, merupakan ahli PPK Cameron
Highlands penyandang Peladang Jaya Lelaki Tahun 1995, telah lebih
17 tahun mengusahakan projek tanaman sayuran pelbagai secara
konvensional dan fertigasi. Tanaman sayuran yang diusahakan secara
konvensional di Sungai Palas di atas kawasan seluas 15 ekar meliputi
sayuran campuran seperti kobis, kacang buncis, kamcham, sawi putih
dan sawi jepun.

Bagi sayuran jenis berdaun, secara purata beliau memperolehi hasil
antara 10 hingga 15 tan/ekar dan sayuran jenis berbuah hasil
pengeluaran mencapai sehingga 25 tan/ekar setiap pusingan. Dalam
tempoh setahun beliau berupaya mengusahakan tanaman sayuran
pelbagai jenis sehingga 6 pusingan. Beliau memasarkan hasil
pengeluaran secara jualan sendiri di Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala
Lumpur. Manakala jualan secara borong dengan harga RM1.80/kg
adalah kepada pengeksport yang akan memasarkan hasil-hasil tersebut
ke Singapura.

Disamping itu, Tuan Haji Jamaludin juga mengusahakan tanaman bunga
ros seluas 1.5 ekar di lokasi yang sama. Kebun bunga beliau boleh
memuatkan 35,000 pokok bunga sepusingan. Hasil bunga turut dijual
kepada pengeksport yang akan memasarkannya ke Singapura. Secara
purata beliau berupaya memperolehi hasil diantara RM15,000 hingga
RM20,000 sepusingan.

Seiring dengan saranan kerajaan untuk mentransformasikan pertanian
menerusi teknologi, Tuan Haji Jamaludin telah menyahut seruan tersebut
dengan meneroka tanah kerajaan yang disewa secara TOL seluas 18
ekar di Lojing, Gua Musang, Kelantan untuk tanaman tomato secara
fertigasi. Sehingga kini beliau telah mengusahakan tanah tersebut seluas
5 ekar. Bagi setiap ekar tanah, beliau membina 18 unit rumah pelindung
hujan yang bersaiz 22’ X 90’ untuk menempatkan sebanyak 10,000
pokok tomato. Kos semasa bagi pembinaan rumah pelindung hujan
lengkap dengan infrastruktur yang lain ialah RM80,000 seekar.

Sehingga kini beliau telah melabur sejumlah RM1.8 juta bagi
merealisasikan hasratnya. Manakala 3 ekar tanah lagi telah disiapkan
infrastruktur untuk menempatkan tambahan 30,000 pokok.
Memandangkan pasaran buah tomato adalah baik, beliau telah
meluaskan kawasan tanaman tomato berdasarkan baki kawasan yang
ada.

Hasil tomato boleh dikutip selepas 2 bulan ditanam. Secara purata beliau
memperolehi hasil sebanyak 2 tan seminggu dan buah ini boleh dikutip
berterusan sehingga 3 bulan. Jangkahayat tanaman tomato untuk
sepusingan adalah selama 6 bulan, selepas itu pokok lama akan dicabut
untuk digantikan dengan pokok yang baru. Dalam tempoh setahun,
beliau berupaya melaksanakan 2 pusingan penanaman. Beliau mampu
meraih hasil pengeluaran sehingga 50 tan/pusingan untuk kapasati
50,000 pokok. Bagi memastikan pemasaran hasil terjamin, beliau
mengikat perjanjian ‘contract marketing’ dengan FAMA pada harga
RM1.80/kg.

Secara keseluruhan segala usaha beliau dalam pertanian komersial ini
memberikan hasil keluaran bulanan sebanyak RM200,000 dengan
pendapatan bersih sekitar RM40,000 sebulan.
0 comments:

Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS