Tanaman cili memerlukan penjagaan yang lebih berbanding tanaman sayuran yang lain. Pengusaha cili perlu menjaga selama 4 bulan bermula dari tarikh disemai sebelum cili mula dituai selama 4 bulan.
Dalam tempoh 3 bulan pertama cili dituai, buah peringkat pertama dan kedua dipetik. Tetapi di bulan ke-4, hasil dikategori sebagai buah peringkat ketiga atau 'buah pokok tua' kerana saiz buah yang kecil atau 'ketot' (tidak sampai sejengkal).
Di bulan ke-4, kebanyakkan pengusaha tidak memberi baja AB tetapi menggantikan dengan baja biji NPK di mana kandungan K sekitar 30% atau lebih. (Baja Buah) Cth : NPK 13-5-30 + Boron + Si. Dan mula tidak meracun langsung atau tidak mengikut jadual yang ketat. Ini hanyalah untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
Pada ketika ini, buah yang kecil ini lebih sesuai dijual pada pengusaha kedai makan kerana mereka tidak kisah dengan saiz yang kecil, janji harga murah dan elok. Kurang sesuai dijual kepada pemborong, selain tidak diterima kebanyakkan pemborong atau diambil dengan harga murah yang tidak munasabah. Cth : Harga Ladang rendah : RM4.00/kg tetapi pemborong sanggup ambil sekitar RM1.50 - RM2.00/kg sahaja. (Dibawah harga kos). Lebih baik jual cili hijau.
Kepada pengusaha cili, buatlah pilihan yang tepat samada mengutip hasil sehingga hujung bulan ke-3 tuaian atau menggantikan baja kepada baja NPK dan kurangkan penggunaan racun jika hendak teruskan tuaian hasil sehingga penghujung bulan ke-4. Pada bulan ke-4, memang kurang sekali putik bunga terhasil, ianya menunjukkan pokok sudah sampai ke penghujung hayatnya.
Post a Comment