BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

General Info 3 : Peserta Pasar Tani Contoh

Sumber : Utusan Malaysia, 2/11/2009
KEINGINAN untuk menjadi usahawan mendorong seorang bapa kepada empat anak, Muhammod Abdul Rashid untuk mengusahakan ternakan ayam daging.
Bermula pada 1982 apabila Muhammod terpilih sébagai peserta atau peneroka Rancangan Tanah Pemuda Seelong Senai peluang itu digunakan untuk mencapai cita-cita tersebut.
Untuk mencapai cita-cita itu dan setelah mengetahui fabatan Perkhidmatan Veterinar PV mempunyai Rancangan Ayam Berkelompok maka pada 1982,beliau memulakan langkah itu.
Pada peringkat awal saya menternak dan menjualnya secara hidup nampaknya kaedah itu tidak menguntungkan cuma dapat untung tipis dan tidak berbaloi dengan usaha yang saya lakukan.
Bagaimanapun pada 1985 apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA memperkenalkan pasar tani saya membuat keputusan untuk menjual ayam proses dengan peringkat permulaan hanya menjual sekitar 300 ekor ayam proses di pasar itu.
Muhammod ,59 ,berkata berdasarkan pengamatan sebaik berdamping dengan FAMA yang banyak memberikan peluang dan ruang-ruang perniagaan dengan lokasi strategik perniagaannya menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.
Katanya FAMA memberikan khidmat nasihat latihan kursus dan banyak lagi yang mana kesemua itu membolehkan segala usaha yang dilakukan berada di landasan yang betul dan memenuhi impiannya.
Beliau yang kini memiliki syarikat Muhammod Fresh and Frozen Foods berkata
setelah 24 tahun terlibat secala langung dengan FAMA khasnya di pasar tani
sehingga kini pihaknya mampu memasarkan sebanyak 2000 ekor ayam proses sehari menerusi Pasar Tani MegaLarkin dan premis Agro Bazar di Bandar Baru UDA.
Beliau yang mendapat sokongan padu isterinya, Hawa Hassan, 52, berkata jumlah
itu tidak termasuk bekalan ayam proses ke agensi dan jabatan kerajaan sektor swasta
termasuk hotel restoran sekolah dan individu.

"Sebagai tarikan pengguna di samping ayam kami turut menjual daging sejuk
dengan jualan sekitar 3.3 metrik tan sebulan di samping menjual telur dan burung puyuh proses" katanya.
Bagi mengendalikan perniagaan itu beliau mempunyai empat pekerja termasuk dua anaknya yang mana mereka dibayar gaji sekitar RMl 500 sebulan serta bonus pada hujung tahun
Kesibukan beliau dalam mengendälikan perniagaan tidak menghalangnya bergiat
dalam persatuan antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Pasar Tani Kebangsaan
Selain itu beliau turut menyandang jawatan Pengerusi Pasar Tani Bandax Baru UDA dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Agama Ibnu Sina.
1 comments:

Benih baru sampai adalah pada 23 Julai..
saiz 2 inchi.. harga 7 sen..
stok ada 150,000.. kalau sesiapa nak boleh contak terus atau email ke jimradlin@gmail.com


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS