BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

General Info 9 : MAKLUMAT TERKINI

FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009
Tempat : BANDAR LAGUNA MERBUK, Sungai Petani, Kedah.

BERBALOI-BALOI

Saya dah pi semalam (Jumaat, 24/7/09). Macam2 ada. Festival termasuk Hari Penternak dan Peladang Negeri Kedah. Ada la kambing2 dari jenis Boer dan Jamnapari. Jamnapari ni lebih tinggi dari Boer. Ada pertandingan pejantan kambing, No. 1, 2, 3. Besar betul kambing2 baka ni berbanding dgn kambing tempatan...Macam perbandingan org Putih dgn org Melayu. Patut la mahal baka ni. Daging pun banyak. Saya ada baca dlm internet, Boer jantan boleh mencapai berat 150Kg dan betina hampir2 100Kg seekor. Lembu pula, dipamer baka jenis Brahman dan ada satu jenis lagi...besar sungguh dan kerbau sapi.

Pokok cili....hmmm ... x byk maklumat. Yg ada jenis F1 223 dan F1 568. Yg F1 223 tu ada dijual benih disana. 60 biji RM3.00 Pokok yg dah berbuah dijual dgn harga RM15.00 sepokok dan diberi air baja 2 botol mineral 1.5L (satu air baja A dan satu air baja B). F1 568 pula, hanya di pamer di booth Kolej Pertanian.
Di booth Jabatan Pertanian, ada maklumat ttg baja dan racun organik. Kalau utk pokok cili, paling baik guna "FISH AMINO ACID" @ FAA. Simple, guna 1 Kg ikan dicampur dgn 1 Kg GULA MERAH. Gaul dan biarkan ia mereput. TAPI AMARAN : BAU BUSUK. Hasil dari pereputan ini dijadikan stok baja. Nak guna kena cairkan dgn air pada nisbah 1:1000 (10ml air baja FAA dgn 10 Liter air). Nak maklumat lanjut ttg IMO 1 hingga 5, kena tanya mereka. Baru semangat nak berurusan dgn Jabatan Pertanian. Kalau ikutkan pengalaman di Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda....hampeh. Lepas ni, saya nak call Jabatan Pertanian Kedah di Alor Setar, tanya ttg maklumat dan bentuk bantuan yg boleh diberi.
Ada pertandingan cili terbaik, terung terbaik, bendi terbaik...dan bermacam2 lagi.
Ada gerai Upin dan Ipin.
Ada booth Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Department Of Occupational Safety and Health). Saya tanya ttg 'mask' keluaran 3M, baru nampak professional .... Dan Paling Penting... Kesihatan kita yg guna racun kimia selalu...utk masa hadapan kita. Saya sendiri tgk, pesawah kita sembur racun guna penutup hidung 'sponge' yg harganya dalam RM2-3 satu. Kebal betul diri depa, kesan racun kimia ni...bukannya immediately...makan masa....tgk la bila dah berumur. Oleh itu, ambil langkah berjaga2.
Nak cerita lagi ke...Hmmm...BEST...kali pertama diadakan di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Dan kebetulan restauran RADIX Fried Chicken (RFC) di Bandar Laguna Merbok yg baru buka sejak 2 - 3 minggu lepas...dapat FREE promotion la...dgn adanya Festival ni.
1 comments:

khidmat nasihat pinjaman/pengurusan kewangan melalui bank..swasta/org kg/peniaga/petani dll.. layari ejenloan.blogspot.com atau 012-7752839


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS