BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

SERANGAN VIRUS (CMV) TERHADAP TANAMAN CILI.

Labels:
dalam kebanyakan kes, terdapat pokok yang dijangkiti CMV tetapi masih kelihatan sihat. keadaan ini mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang tidak menunjukkkan simptom seperti dalam persekitaran bersuhu tinggi.

faktor persekitaran merupakan faktor yang paling banyak mempegnaruhi permulaan dan perkembagan penyakit tumbuhan yang berjangkit. faktor seperti suhu, kelembapan, cahaya, nutrien dan PH tanah banyak mempengaruhi pertumbuhan dan kerentanan perumah, penggandaan dan kegiatan patagen, salingt tindakan antara perumah dan patogen serta keparahan gejala.

makanisme serangan CMV adalah mudah dan cepat. virus ini akan dibaw oleh vektor kepada mana-mana pokok cili. sebahagian besar vektor yang membawa virus ini ialah MYZUS PERSICAE dan APHIS GOSSYPII. CMV akan terus masuk ke dalam urat pokok melalui bahagian yang luka dan bertindak secara agresif di dalamnya. kemudian ia akan menyebar ke seluruh urat pokok dan menampakkan simptom. penyebaran virus ini berlaku antara pokok yang telah dijangkiti. oleh itu kebersihan tangan dan peralatan pertanian di ladang merpukan langkah yang di titikberatkan supaya gejala penularan serangan virus dapat dikurangkan.

pelbagai usaha telah diambil dan sedang giat dijalankan bagi mengatasi maslah virus ini. car yaang paling bias digunakan adalah secara kawalan kimia iaitu merendam biji benih yang akan ditanam di dalam air panas atau larutan natrium fosfat. cara lain adalah dengan menyembur bahan racun yang toksik terhadap virus kepada tanaman. namun usaha mengawl penyakit virus ini, tidak efektif malah kosnya juga amat tinggi.

beberapa pendekatan secara fizikal trut digunakan bagi mengawl jangkitan virus iaitu dengan menggunakan mulche. mulche putih dikatakan dapat mengurangkan populasi afid yang menjadi vektor ( pembawa) kepada virus tersebut. warna mulche menyebabkan vektor tersebut kurang tertarik kepada persekitarannya. selain itu, kaedah jaringan juga berkesan mengawl serangan jangkitan CMV walaupun kosnya sedikit tinggi. petani juga boleh mencabut pokok cili yang telah dijangkiti dan memusnahkannya dengan cara membaakar.

kini dengan adanya kaedah bioteknologi, penghasilan pokok transgenik dapat meningkatkan kualiti pokok cili sedia ada yang telah dikomersialkan. walaubagaimanapun, aplikasi teknik kejuruteraan genetik ini amatlah kurang disebabkan masalah kesukaran dalan penjanaan pokok. untuk itu kaedah yang bersesuaian untuk mengawl serangan virus ini adalah dengan menggunakan variety pokok yang rintang atau tahan penyakit.

penggunakan pokok variety rintang merupakan cara yang paling murah, selamat dan berkesan mengawal penyakit tanaman.petani digalakkan menggunakan variety yang tahan penyakit kerana cara ini selamat dan dapat menjimatkan kos dan tenaga buruh dalam penyemnburan racun.
terdapat beberapa variety cili yang kebanyakannya berasal ari per4ancis dan india yang rintang terhadap penyakit. kaedah penggunaan tenaman rintang ini bukan sahaja dapat diaplikasikan terhadapt penyakit yang disebabkan oleh virus malah bakteria, nematod dan juga kulat.

~pusat penyelidikan hortikultur MARDI Serdang~~
2 comments:

kat sini tidak dinyatakan pula benih apa yang tahan penyakit tu..apakah 568 or 469 atau apa..?


veriety apa yang tahan penyakit? apakah dari biji benih 568 atau 469 atau apa?


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS