Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman. Pemilihan biji benih merupakan aspek terpenting dalam menentukan maksimum keuntungan. Ini disebabkan permintaan pasaran. Sebagai petani, hendaklah bertanya , Kita nak bertani untuk apa? Untuk menyara kehidupan atau sebagai sekadar mengisi masa lapang.
Jadi saya sarankan supaya menggunakan biji benih yang sudah terbukti menghasilkan keuntungan maksima.
Sebagai contoh, biji benih cili merah kulai. Terdapat berbagai jenis cili merah di pasaran. Antaranya F1-469, F1-223, F1-505, F1-8339 (Kulai King), F1-151 , F1-568 dan bermacam-macam jenis lagi. Pilihlah cili merah kulai (kampung) atau hybrid F1-568.
F1-568 mempunyai ciri luaran yang sama dengan cili merah kulai. Kelebihan F1-568 adalah hasil per pokok yang tinggi. Purata hasil sepokok adalah 2.5 kg.
Jenis kulai merah yang lain, ada kelebihan masing2. Tetapi dari segi permintaan pasaran, hanya F1-568 tiada masalah sepanjang masa. Jika harga ladang/borong bagi cili merah kulai (tempatan/ kampung) adalah RM5.00 / RM7.00, harga utk F1-568 adalah sama. Tetapi utk cili merah yang lain sekitar RM3.00-4.00 (bagi harga ladang) dan RM4.00-5.00 (bagi harga borong). Tetapi jika terdapat lambakan cili di pasaran, semua jenis cili minyak/plastik tidak diterima atau terlalu murah kecuali cili merah kulai dan F1-568. Jadilah petani yang bijak.
Untuk biji benih timun, setakat yang saya guna benih Hercules...tiada masalah pasaran. Malah dipuji kerana jenis ini rangup, sedap di buat ulam dan dimakan begitu saja. Benih ni murah dan berkualiti.
Cuba guna benih keluaran MARDI kerana saya percaya mereka telah mengeluarkan benih yang bermutu pada harga yang amat murah. Ini disebabkan MARDI bukanlah membuat keuntungan dari penjualan hasil biji benih. Beli terus dari MARDI bukannya melalui orang tengah, baru JIMAT.
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
Post a Comment