Saya sebenarnya baru mencuba menanam timun secara fertigasi. Kira eksperimen la. Hasilnya kita tunggu lagi 2 bulan. Saya menggunakan polybag yg sama dengan cili untuk tanaman timun ni. Maksudnya 1 pokok cili dan 1 pokok timun dalam polybag yg sama. (Eksperimen... ). Pernah terbaca otai cili (saudara iffan04) pernah buat begini. Bezanya saya terlewat sikit tanam timun dlm polybag yg sama.
Saya tanam terus benih timun (jenis Hercules, import dari Indonesia, abang MAT tlg belikan) dalam polybag setelah merendam biji benih tersebut semalaman. Keesokan harinya dah pecah mata. 2 hari selepas menyemai, dah tumbuh 2 daun. Pancang pulak, saya tarik dawai dan guna tali rafia sebagai trellis. Tali rafia ni sebagai membantu sulur pokok timun memanjat ke atas. Sepatutnya kena buat pancang elok2. Tapi nama pun eksperimen. Kalau x menjadi, saya cantas la pokok timun ni, sebab tujuan asal nak tanam pokok cili. Cuma sementara nak tunggu hasil cili agak lambat, sbb tu tanam timun. Timun 1 bulan jaga, 1-2 bulan tuai hasil. Jadi bila timun habis tuai hasil, cili pun boleh la tuai hasil pulak. Begitulah ideanya.
Berikut adalah serba sedikit maklumat yg saya dapat kumpul tentang timun. E-phamplet tentang timun dari Jabatan Pertanian ada pada saya. Jika berminat, sila bagitau.
Penanaman Di ladang:
Jenis bahan tanaman:
Bijibenih
Keperluan bijibenih:
1.3 - 1.4kg
Rawatan bijibenih:
Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g benih
Jarak tanaman:
60 cm antara pokok 60 cm antara baris
Kepadatan tanaman:
21,333 pokok
Penjarangan :
1 minggu selepas menanam
Pemasangan junjung:
2 minggu selepas menanam
Pembajaan:
Jenis tanah
Jenis baja
Kadar (t/ha/musim)
Masa (Minggu lepas tanam)
Cara
I. Bris:
1. Rudua
Tahi ayam NPK12:12:17:2
10 1
-1 * 2,5,8,11&14
Gaul dalam tanah Keliling pokok
2. Baging
Tahi ayam NPK12:12:17:2
20 1.5
-1 * 2,5,8,11&14
Gaul dalam tanah Keliling pokok
Pengurusan Air:
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 8,000 - RM 10,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.
Pengurusan Perosak :
Jenis Serangga /Penyakit
Tanda-tanda
Amalan Kultur
Kawalan Kimia
1. Kutu Daun (Aphis gosgypii)
Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut.
-
1. Malathion 2. Dimethoate 3. Profenfos 4. Bendiocarb
2. Kumbang daun (Aulacophora spp.)
Daun dan akar rosak.
-
1. Malathion 2. Carbaryl
3. Lalat buah (Bactrocera spp.)
Terdapat lubang pada buah.
Musnahkan buah-buah yang diserang.
-
4. Kulapuk Downy (Pseudoperonospora)
Terdapat bintik-bintik kekuningan diatas daun.
Musnahkan daun-daun yang diserang.
1. Mancozeb 2. Cholorothalonil
5. Kulapuk berdebu (Erysiphe cichoracearum)
Terdapat tompok-tompok berdebu kelihatan di permukaan daun.
Musnahkan daun-daun yang diserang.
1. Benomyl 2. Folpet
6. Lecuh anak benih (Pythium sp.)
Anak benih didapati layu dan mati.
-
1. Captan
7. Antraknos (Colletorichum lindemuthianum)
Bintik-bintik kehitaman pada bahagian yang diserang.
-
1. Thiram 2. Maneb 3. Mancozeb
Mengutip Dan Peyimpanan Hasil:
Masa kutipan hasil:
5 - 6 minggu selepas tanam
Hasil (kg/ha) :
20,000 - 25,000
Tempoh kutipan hasil:
60 hari
Cara memungut:
Buah dipetik dengan tangkainya
Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang
Pengendalian hasil:
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan
Ekonomi:
Kos pengeluaran/ha
RM 3,056 (Tenaga Keluarga) RM 5,126 (Tenaga Upah)
Pendapatan kasar/ha
RM 8,800 (@ RM 0.40/kg)
Coretan dari BJ:
......petua asas utk. tanam timun........sediakan junjung sebelum tanam......jika tanam dulu kemudian cari junjung.......alamatnya.......tak cukup tanah nak lari......sebab pokok timun amat pantas pergerakan dia.............pastikan benih timun itu menepati kehendak pasaran......timun ada bermacam-macam variety.....pilih yg. senang jual......jika 3-4 sekilo amat cantik....nak cantik lagi tanam timun susu....timun ini isi padat....biji dia kecil dari biasa.....harga pasaran jenis ini tinggi skit dari timun biasa..........jika area perak tengah variety NEW SWALLOW cukup laku...........jika nak mudah kerja pemasangan junjung.....better guna pukat sayur....harga dia rm28.00......pacak menegak kayu tinggi 5-6 kaki.....kemudian pasang pukat timun.....pukat ini panjang dia 150-170 kaki....tinggi dia 5-6 kaki.....jika cekang dia akan pendek sikit......dan panjang sikit.....jangka hayat pukat ini 3 tahun terdedah pada hujan panas......timun elok tanam dalam polybag.....sebab kita boleh tanam setiap masa.....walaupun di musim hujan......dalam satu tahun boleh buat 3-4 pusingan tanaman.......tanam jangan bagi putus.....baru boleh kena jackpot.....rm0.60 sekilo dah untung.....jika kena rm1.30....dah kira bonus....satu polybag boleh menghasilkan 10-13 kilo per polybag........timun adalah dalam kategori direct sowing......amat mudah....baja A/B pun tak banyak guna macam cili......racun pun kurang......
dalam buat kerja pertanian ni kita tak boleh main rasa-rasa........buat dulu baru tau rasa dia.......macam intan rasa sekarang ni la.............saya cuba lakukan inovasi......sebab itu saya guna pukat.......pukat ini bukan pukat macam oghang tangkap ikan......pukat ini pukat sayur.....khusus utk. tanam sayuran memanjat......sekali saja pasang.....jangka hayat pukat ini 3 tahun terdedah hujan/panas........sebab itu tiang dia mau kuat........satu batas panjang 200 ft......agak-agak intan berapa kg. satu line batas ni............lagi satu tali rapia ni satu kg. berapa harga.......saya pun ada jual tali rapia.....tapi tali rapia saya ada U/V.......boleh tahan banyak pusingan........jika pi Cameron Highland......singgahlah kat kedai Selvaraju kat Kuala Terla.......TANYA DIA.....SIAPA SUPPLY TALI RAPIA CAP IKAN autopack sama uncle................lagi satu dalam bab infra.....kita tak boleh kedekut........nak jimat sikit saja......tapi kita buang banyak masa/tenaga........akhirnya tak untung juga
...tanam timun perlu pantas......sebab sekelip mata saja pokok ini membesar......dalam masa satu bulan dah boleh harvest......nak cakap senang tak le senang jugak......tapi menjimatkan kos baja/racun......satu cycle cuma 2-2.5 bulan saja......matriks harga pandai......sebab harga timun pernah junam 0.15 sen/kg.
1. salah satu pokok timun saya berkeadaan macam gambar diatas sejak saya sangkakan kurang air sejak semalam.. cuaca semalam memang agak panas juga dan pokok sebelah dia pun daunnya agak layu.. jadi saya siram agak kerap sikit (2jam sekali. biasa 3~4 jam sekali secara manual). petang dalam pukul 6 saya tengok daun dia masih layu tapi pokok sebelahnya pula daun nya segar. saya tanam 2 pokok dalam 1 polibag.2. bila saya perhatikan pokok yang daunnya layu tu, saya dapati keadaan pangkal pokok tu macam dalam gambar diatas.1. apa penyakit pokok timun tu ?2. boleh ke berjangkit ke pokok sebelahnya ? (yg sekarang tgh berbuah dan dah merasa makan 3 biji buah timun. alhamdulillah)wassalam
bro...cuba sembur padan. bancuh 20mg dlm tong 20liter...
bulan lepas kwn saya ada tolong belikan benih timun sepeket rm 50 jenis prefect green 105 .timun nie rintang pada penyakit .setakat nie guna mmg puas hati .baru sekali je meracun .nak tengok betul ke timun nie rintang penyakit .buah pun bagus yg penting boleh jual dan org mintak lagi
harga timun masa raya ke 7. 1kg=3.00 skrg nie 1 kg = rm 1.tapi ok pe sehari keluar 200kg dah dapat rm200 tiap2 hari.jumlah pkk = 1000hasil/hari =200 ke 250 kgharga jual = rm 1kutipan = setiap hari kutipan hasil = 30 hari selepas menyemaitempoh hayat pkk = 70 haritempoh produktif= 60 hari jekayooooooooo ...sebulan gaji rm6000 kalau harga minimum = rm 1kalau jatuh pada rm 0.70(harga paling rendah) dapat le 4200 sebulan
kulat tu dah rintang pada racun jenis (mancozeb)
tulah .cuba tukar racun lain.green partol es ,kocide 101 ,atau benomyl, dan mcm2 lagi le
rasanya dah terkena penyakit akar tu, nematode dah bermaharajalela dalam tanah tu, cabut dan cek akar--- perang dan busuk
mau jimat kos pancang junjung, gunakan kayu/buluh panjang berjarak 10' setinggi 6'. gunakan tali rupia dan tegangkan dari hujun ke hujun pancang, pancang inbetween dua kali belit tali supaya kuat, belitlah tali berjarak 6-8" bermula dari pangkal berhampiran anak pokok pada pancang, buat begitu sampai ketinggian 6', antara pancang ikatkan tali juga dari bawah keatas berjarak 1', supaya tali tu berbentuk macam pukat. kalu poket tebal beli aja jaring yang bukanya 8" dan rentang sepanjang batas. 2nd hand pun ada kalu tanya2 kat kelang atau mana2 pekan nelayan laut.
Cuba guna Mz+score utk elakkan jangkitan kulat,semusim 2-3x pun dah cukup bergantung kpd keadaanlah
gunakan kepekatan ec 2.6-2.8 untuk produksi, kalau kurang , tak cukup makan hasil kurang, 1 - 1.5 lit perhari. ec timun adalah lebih tinggi dari ec cili. dan perlu lebih air berbanding cili
baja tu tak semesti macam diatas janji K tinggi dan ada Mg, Ca dan TE. tak cukup air bermakna tak cukup makan lah sebab baja takleh melarut untuk di sedut akar. air mesti cukup
baja A&B tu mungkin bukan khusus untuk timun, timun perlu ec tinggi lagi dari cili dan perlu ppm K dan Ca tinggi, ec start 2.2 - 2.8, ph5.6-6.1, kadang2 Ca tak leh di isap oleh akar sebab persaingan ngan Mg dan K, ini tergantung pada pH dan suhu, tak cukup Ca buah ketot jugaCa 200ppm, N 150ppm, P 50ppm, K 350ppm, S 150-250ppm, Mg 50ppm, Fe 3ppm, Mn 0.8ppmCu 0.07ppm, Zn 0.1ppm, B 0.3ppm, Mo 0.03ppm
sebagai panduan saja, untuk 1000 pokok, jarak antara lubang 2ka, 2 pokok selubang. jarak antara baris 2.5ka. jarak antara batas 3-3.5ka ( untuk easy mantenance) . setiap pokok 4.5ka2. 1000pokok 4,500ka2. sepokok 3-4kg x rm 1.00. RM3.5 (ave perpokok ) x 1000 x 90% = rm 3,150/2 bulan. ( 1 bulan pertumbuhan, 1 bulan penghasilan ), 1/2 ekar = 21,780ka221,700/4500 = 4.8 x 1000 = 4,800 pokok untuk 1/2 ekar, rm3.5 x 4800 x 90% = 15,120/2bulan= rm 7,000/bulan ( tak tolak kos pengeluaran)
memadai tanam 1 ekar perbulan, jadi ada penghasilan setiap bulan, kos tergantung faktor1. benih, 2. penyediaan tapak-bajak,batas, silvershine, sistem siraman ( manual/drip tube/etc). baja NPK15/15/15, 12/12/18+Mg+Ca+TE, baja organik( gaul 3-4 hari sebelum tanam- tanah berpasir 3-5 ton per ekar) baja kimia npk pada minggu 2, 4,dan 6. satu sudu makan setiap lubang. berdasarkan diatas boleh lah agak2 kos untuk seekar
mungkin tak cukup makanan dan air, kecik2 dah berbunga. pokok yang saya tanam pada 12 feb dulu, minggu ketiga berputik dan tinggi melebihi 4ka, dah seminggu dah dok petik hasil, mungkin ada yang tak kena ngan timun intan tu, saya tinggal selepas tanam tak pernah tabur baja sampailah saya balik minggu lepas, tapi masa tanam tu gaul terus NPK+organik kat lubang/2 pokok, siram saja pagi petang
basuh dulu ngan air clorox 1 sudu teh campur segelas air, biar kan seminit dua, bilas dan rendam semalam ngan air bebas bacteria, esoknya toskan, masuk kat tray siram, tutup ngan plastik hitam dan boh suratkabar atas plastik tu, dah nampak bercambah buka plasti dan papert tu, biarkan pencahayaan penuh 30% penghadang net hitam, nak cepat lagi gantung lampu floresen 1ka tinggi waktu malam. 5 hari boleh transfer
memang sebenarnya saya pakai pukat..pukat tu x cukup..jaD bhg bawah saya tmbah ngan tali rafia..masa tu saya pakai tali rafia biasa je..yang bukan utk pertanian..sebab nk pakai sikit je..saya pun suggest sapa nk tnam timun baik gn pukat..keja cepat.
kalu guna pukat buka 6" atau 8" lagi jimat, panjang perkilo lebeh sikit, kalu ada 10 in lagi ok
saya dah tgk peket dia..memang tulis new swallow..saya biasa order bgtau hybrid S252..x biasa panggil new swallow...yg trbaru saya beli RM50..dlu rsnya dlm RM40 lebih jgak..
bukan tak leh tanam semula, kalau tanam tempat sama, penyakit terutama berkaitan patogen tanah senang dapat, sebab saki baki penyakit timun yang asal masih ada kat situ, kecualilah tanah tu dah di beri rawatan membunuh spora2 fungus dan patogen lain. tapi rawatan untuk kawasan yang besar semuanya memerlukan RM, selalunya kita kena gilirkan dengan tanaman lain spt jagung, kacang tanah dll, tidak ngan jenis cucubits
S252 New Swallow - dikeluarkan / diedarkan oleh CHIAP HUP Agriculture Development Sdn. Bhd. (27059-U). Syarikat nie dari Muar, Johor. http://www.chiap-hup.com/products.htmgambar yang saudara nijangs tepek tu rasanya dikeluarkan oleh Known-You Seed Co. dari Taiwan (berdasarkan pada logo pada peket benih tu). Mungkin saya silap sebab gambar tu kecil. websitenya http://www.knownyou.com/en_index.jsp?bodyinclude=en_ProductMaster.jsp&layer=3&fseq=6&type=product
keperluan2 nutrient yang di kehendaki oleh timun semasa pertumbuhan dan berbunga/berbuah3 minggu pertama : ec 1.8-2.5, ph 5.2-6.2keperluan nutrient: N 170 ppm, P 50ppm, K 300ppm, Ca 180ppm, Mg 50ppm, Fe 3ppm, Zn 0.4ppm, Mn 1ppm , Cu 0.07ppm, B 0.7ppm, Mo 0.05ppmpengiraan berdasarkan ppm, keperluan bahan seperti berikut:CaNO3 - 9.0kg; KNO3 - 2.30kg, ( stock A )MKP - 2.20kg, MgSO4 - 5.10kg, K2SO4 - 3.30kg (stok B)Micro tetap untuk semua minggu: chelated iron 13%Fe-235gm, Zinc sulfate 12.3gm, Boric acid 40gm, cupric chloride atau copper sulfate 2gm, manganese sulfate atau chloride 28gm, molybdenum troxide 0.75gm ( boleh masuk dalam stok B atau asingkan sebagai stok C - 2 lit air )gunakan 20ml untuk 100 lit air.minggu keempat sampai terminate: ec 2.5-2.7, ph 5.2 - 6.2 (maintain ec 2.7 sepanjang pembuahan )keperluan nutrient: N 200 ppm, P 50ppm, K 350ppm, Ca 200ppm, Mg 50ppm, Fe 3ppm, Zn 0.4ppm, Mn 1ppm , Cu 0.07ppm, B 0.7ppm, Mo 0.05ppmpengiraan berdasarkan ppm, keperluan bahan seperti berikut:CaNO3 - 10.50kg; KNO3 - 2.65kg, ( stock A )MKP - 2.20kg, MgSO4 - 5.10kg, K2SO4 - 4.10kg (stok B)micro sama ngan untuk 3 minggu pertama.untuk mengelakan keladak dan mengurangkan phosphate dan sulfate dalam stok B, asingkan K2SO4 dalam bekas lain ( stok D )
nak share sikit ttg benih ni,kalau salah tolonglah pebetoi..saya ada berguru dgn sorang otai timun,dah berpuluh tahun dia tanam timun lebih kurang 14 relong kat kawasan saya ..pasai benih nie,saya tanya dia pasai pa dia x mau beli benih dari tin.dia kata jenuh beli la benih tu,selama nie dia pakai benih dari Jab Pertanian,sekilo rm 150,dan hasilnya sama gak,3-4 kilo perpokok,kena tiaw la saya dgn dia!Setiap kali dia beli benih,mau dalam 5-6 kilo semusim..tapi benih timun Jab Pertanian cepat habis,kena booked,baru2 nie saya pun p cari lagi benih,orang pertanian kata titi gantung x dan supply benih,kena amik dari Terengganu plak..bila saya baca pasai benih 252,saya pn p tanya rega semasa,nak try tanam, semai dalam tray.Utd Chuan Choon kata dalam rm 55,rasanya dalam 20gram kot.Disebabkan modai nipis,saya beli benih timun 2 tin cap Elsion,303 Tai lung rega dlm rm72 200 gram.Mola2 saya beli hat Leekat,tp tok guru timun kata separuh dari hat benih Leekat terutama jenis Batu akan pahit w'pon kita jaga tempoh siraman.Pernah dia terkena,hantaq p Bukit mertajam,peraih antaq balik timun 3 tan w'pon dari segi saiz dah cantik.
formula timun:keperluan nutrient:N 180PPMp 50ppmK 300ppmMg 50ppmCa 180ppFe 3ppmMn 0.8ppmCu 0.07ppmZn 0.1ppmB 0.3ppmMo 0.03ppmkeperluan diatas adalah untuk semasa pertumbuhan iaitu week 1 - week 4 atau awal week 4(vegetative growth )week 4 keatas sampai kong ( production growth )yang lain tak berubah cuma:N 170ppm - tak nak bagi subur daun sebab tu rendahkan NK 350ppm - tinggikan supaya buah berkualitiCa 200ppm- untuk kualiti dan jauhkan fruit disorders ( blossom end rot )keperluan bahan masa vegetative growth:CaNO3 9.5 kgKNO3 2.4 kgMKP 2.2kgK2SO4 3.2kgMgSO4 5.1kgFe-EDTA 231gmBoric acid 17gmMnSO4 22gm atau MnCl2 23gmZnSO4 3.1gmCuCl2 1.9gmMoO3 0.5gmmicro jenis lain boleh guna, tapi kenalah kira balik berapa berat di perlukan berdasarkan keperluan ppm dia.contoh kira: katakan Zn-EDTA 15%Zn , keperluan ppm = 0.1, berat di perlukan = 0.1/0.15=0.66667mg/lit, kalu stok 100lit, mixing ratio 1:100, berat = 0.66667 x 100x100= 6666.7mg = 6.667gm (7.0 gm-rounded) untuk material lain guna kan cara yang sama kalu tahu % element terkandung.keperluan masa production growth; yang lain semua sama kecuali:CaNO3 10.50 kgKNO3 0.50 kgK2SO4 6.0 kg.gunakan ec 1.5 naikan sampai 2.5 masa vegetative, masa productive 2.5 - 2.7, maintain 2.7 semasa berbuah dan harvesting seterusnya. pH 5.5 - 6.0masalah pokok lambat berbunga berbuah kemungkinan sistem baja tak betul, dan juga pH, mempengaruhi serapan walaupun baja dah ok, biasanya awal minggu 4 dah ber bunga.atau guna hibrid yang lambat berbuah
Dari pengalaman, kalau timun tu dah lebih sebulan takde hasil (apatah lagi kalau takde bunga), selalunya disebabkan oleh 2 benda yang teramat simple. 1- baja, 2- air.. Timun memerlukan baaaanyaaak air... air memang takleh kemut.. saya air timun 3 kali sehari, 30 minit sekali jalan.. Timun ni lagi kena air, lagi dia aktif.. batang dia jadi keras, buah dalam sehari leh naik seinci.. Jadi air tu memang kena disiplin.. takleh main, 'takpelah esok aku bukak sprinkler'..hehhesatu lagi, baja.. secara asasnya, sebelum transfer dari tray, rotor taik ayam dulu atas batas. biar 2-3 hari jek. lepas 5 hari selepas transfer, letak baja 15 (dikeliling atau di antara pokok). bila pokok dah beh kurang 5-6 inci, gunakan lah pam kocok. ini teknik biasa saya buat.. amik baja 15, letak dalam botol mineral kecik beh kurang 4 garisan je cukup.. masuk air setengah botol pastu goncheng sampai jadi air.. (masa tengah goncheng tu, botol sejuuuk je rasa, jgn risau).. Campur dengan air 4 liter..pastu spray kat pokok.. takpe, insyAllah ok nye.. tak terbakar..Lepas 5 hari selepas itu, korek lubang diantara pokok dan letak lah 3 sudu taik ayam dalam lubang tu.. 5 hari lepas tu, (selalunya masa ni bunga dah keluar), taram baja 12,12,17+te. ulang setiap 3 hari.. Tgklah result dia, takut tak cukup tangan je nak petik hehehe.. InsyAllah..Ingat, kalau taram baja je, tapi tak hentam air, timun akan jadi pahit dan ada yang akan jadi bengkok.. ada tu jadi macam kasut alladin pun.. Satu lagi, kalau dah sebulan setengah tak berbunga lagi, saya rasa baik hancurkan dan tanam balik.. tak guna nak selamatkan.. sebab kalau dia keluar pun, takan jadi sangat
saya pernah pakai 118 leekat, dia amik 20 sen je sekilo brooooo.. aduh nangiss.. kalau S252 tu, diorang amik paaaling minimum 80 sen sekilo
kat Tmn. Perindustrian Lukut Indah ada satu kedai supply benih timun new swallow. entahlah papapun call dulu 06-651 3488 SEASON AGRICULTURE TRADING saya pernah beli benih s252 dgn. tokey ni, tapi tahun lepas le....rm50/ 20gm
nak semai dalam tray tadak masalah, lagi bagus boleh pilih yang segar bugar bila pindah, tapi dua kalikerjalah, seminggu takut lambat, timun cepat besar, saya semai lima hari saja dah kuar true leaves, terus pindah, transplant sehat dan subur.
ok...guna cara tu la...harga timun sedang naik sekarang...pokok sedia ada hampir abis buah...dah 40 kali kutip setiap hari. ingat lagi 2 kali kutip dah abis la tu...( rasa mcm tak berjaya kutip 44 kali)kali ni nak tanam benih hibrida F1 keluaran chia tai seed .nak cuba 2700 pokok ( keluasan setengah relong )nak cuba kaedah junjung dgn menggunakan jaring pula.harga sekarang RM 1.40 dan timun reject RM 0.50 per kg.kalau ikut rekod catatan saya, harga timun boleh mencecah RM 2.20 per kg pada bulan JUN nanti. so, nak cuba achive target kali ini la
kalau boleh pakai baja king, yang warna ungu tu. mahal sket tapi kalau dapat hasil ok lah.. satu lagi, air kena banyak.. lagi banyak air (jgn sampai banjir lah), lagi batang dan buah keras. saya syorkan 30 minit sekali siram, 3 kali sehari.. N dan P tu kena naik kan buat masa permualaan.. itu untuk keraskan btg dan buah
cuba cari kedai yg ada jual brg2 yg jual polysterene utk bungkus nasi tu..biasanya kt situ ada jual..minta plastik 20 x 30 transparent putih..plastik ni boleh muat smpai 20kg klu pndai susun..stakat 10kg no prob
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
Post a Comment