Kebanyakan daripada pengusaha fertigasi membeli baja 'ready-made'. Baja fertigasi ni lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B.
Saya andaikan anda membeli baja AB 100 Liter krn di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Jadi sediakan 2 tong plastik yg mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 100L. Jika kapasiti tong melebihi 100L (cth 150L atau 200L), anda perlu menanda aras 100L dengan menyukat paras air 100L.
Cara penyediaan Stok Air Baja:
1) Masukkan air kosong (air paip/air telaga/ air 'boring' dll) ke dalam setiap tong sebanyak 3/4 penuh.
2) Buka satu bungkusan baja. Keluarkan bungkusan kecil (jika ada) yg mengandungi baja Mikro seperti Ferum atau campuran mikro (Mangan, Boron, Zink, Copper, Mo).
3) Masukkan dulu baja makro (yg banyak tu) sedikit demi sedikit sambil kacau supaya larut. Di ikuti dgn baja mikro (paket kecil tu). Rendam plastik yg mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut betul2 habis di tuang. (Kerana ada baja Mikro spt Mo yg beratnya secubit, x sampai 1 gram).
4) Penuhkan tong tersebut dgn air kosong sehingga paras 100L. SIAP. Dah jadi stok air baja 100L.
Tips penggunaan stok air baja:
Set A selalunya ada baja mikro Ferum (ala yg serbuk warna kuning tu), jadi stok air baja A akan berwarna kuning.
Set B, stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih.
Jika nak guna utk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen tu), sebaik-baiknya ambil stok air baja set B dulu diikuti dgn stok air baja set A.
Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yg teduh atau berbumbung.
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
Post a Comment