BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Pam Air

Pam Air adalah benda yg wajib ada dalam senarai keperluan fertigasi. Bermacam-macam jenis pam air yg ada di pasaran. Macamana nak pilih yg SESUAI dgn keperluan?

Di kebun/ladang anda ada bekalan elektrik? Jika ada, pilihlah pam air yg menggunakan kuasa elektrik. Single phase atau Three Phase? Selalunya kita dibekalkan elektrik dgn single phase, jadi pilihan pam air banyak tetapi terhad sehingga 2 HP sahaja. Di pasaran ada 0.5 HP (horse power), 1 HP, 1.5HP dan 2 HP. Berapa HP yg sesuai? Tengok kepada keperluan. Berapa banyak pkk ditanam? Tetapi jika anda mempunyai niat utk membesarkan kapasiti kebun/ladang di kemudian hari, PILIHLAH pam air 2HP. Tak Rugi pun.

Pam air 2 HP pun ada bermacam-macam spesifikasi dgn harga yg berbeza-beza. Kena tahu Q Max berapa, H Max berapa dan S berapa? Penting ke semua ni???

Q ni stands for QUANTITY, selalunya ditulis seperti 400 L/min, 600 L/min dan sebagainya. Bermaksud jumlah air yg boleh dipam keluar dalam masa seminit. Jika tujuan utk fertigasi iaitu menggunakan sistem titisan sepenuhnya, pilihlah yg Q Max 600L/min. Jadi Q penting utk kaedah fertigasi.

H ni stands for HIGH. Senang cerita, lagi tinggi H lagi kuat 'pressure' @ tekanan pam air ni. Jika menggunakan kaedah 'Sprinkler', kena cari H Max tinggi. Lagi tinggi lagi elok. Cth, H Max 46m. Untuk kaedah fertigasi, x berapa penting.

S stands for SUCTION @ Sedut. Penting untuk sedut air dari telaga. Lagi tinggi S, lagi elok utk sedut air telaga. Utk kaedah fertigasi, x berapa penting.

Jika guna air boring pada kedalaman melebihi 20 kaki, kena cari pam air jenis "submersible" @ yg boleh tenggelam dalam air, macam pam aquarium.

Berapa harga pam air ini? Ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Pam Air 2 HP:-
Brand : LEO

Jika Q Max 400L/min, harga sekitar RM440
Jika Q Max 600L/min, harga sekitar RM495

Jika H Max 46m, harga sekitar RM800++

Jika Buatan China, pam air 2 HP, harga sekitar RM330

Jika Brand : GROUNDFOS (Buatan ITALY), harga sekitar RM1500++

Jika tiada bekalan elektrik, ALTERNATIFnya ialah menggunakan tekanan graviti, dimana tangki air di letak atas pelantar pada ketinggian sekurang-kurangnya 8 kaki dari permukaan bumi. Lagi tinggi pelantar, tekanan lagi tinggi @ lagi elok.

Jika ladang luas, lebih baik cari pam air berkuasa DIESEL sbb lagi sesuai.
1 comments:

pam air ni dijual berasingan dengan set fertigasi ke tuan?


Post a Comment

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS