Mungkin penggusaha fertigasi dah tahu, apa itu "SILVERSHINE". Tapi "BLACKROLL"????? Tapi bila saya letak tajuk 'Silvershine vs Blackroll', mesti dah boleh agak bukan.
Kalau 'silvershine' pun x tahu, mesti x pernah buat fertigasi lagi. Hehehehe...
Silvershine ni, adalah hamparan plastik yang menutup bumi dimana ada lapisan berwarna perak @ SILVER (selalunya letak di bahagian atas) dan di bahagian yang lagi satu (lapisan bawah) berwarna hitam. Apa tujuan silvershine ni? X guna silvershine x boleh ke dalam fertigasi ni? Mesti kena silvershine ke, hamparan plastik yg lain x boleh ke?
Tujuan "SILVERSHINE" ni, pada pendapat saya, nak tutup lapisan bumi supaya rumput dan lalang serta tumbuhan yg x diingini dari tumbuh.
Yg kedua, lapisan perak @ silver tu, dapat memantul cahaya ke bawah permukaan daun. Pantulan cahaya itu sekurang2nya dapat mengurangkan makluk perosak yg bersembunyi di bawah permukaan daun. Memang benar, jika baru hampar, kita sendiri terasa bahang panas yg 'terlampau' bila berkerja di waktu panas. Memang dah panas pun berkerja di waktu tengahari tetapi berkerja di waktu tengahari di atas hamparan 'Silvershine' lagi terasa bahang panasnya. Itu kalau silvershine yang baru, lama-kelamaan dah x berapa "SILVER" dah, dimamah hujan dan panas, kekotoran, warna pun dah kurang 'silver'.
Ada sesetengah pengusaha fertigasi hanya menggunakan silvershine pada barisan yg diletak polybag/tanaman. Lorong jalan tidak dihampar apa2. Kaedah ni, bagi saya hanya nak jimat sementara aje. Bayangkan jika tanah anda subur, sekejap aje lorong jalan tu dipenuhi dengan rumput dan lalang. Kalau rajin x kisah la, guna mesin rumput potong atau meracun selalu. KOS juga tu... Dah la kena beli racun rumput, kalau paraquat @ Kopi 'O', murah lagi. Kalau 'BASTA', 4L aje dah RM150+. Tapi yg x tahan tu, TENAGA KERJA nak merumput atau MERACUN tu. Lain la kalau ada pekerja ramai. Kalau buat sorang2. Hmmmmm....
Jika anda BUKAN seorang yg EARTH friendly, ada yg akan TUANG MINYAK HITAM supaya tanah tu MATI, apa jenis tanaman pun x hidup.
Kualiti 'Silvershine' ni berbeza-beza. Ada yg mudah terkoyak (kualiti rendah) dan ada yg liat @ susah nak terkoyak. Pilih lah yg susah nak terkoyak (kualiti tinggi).
Macam mana nak tau, yg mana satu berkualiti tinggi dan yg mana berkualiti rendah?
Hmm... susah juga nak terangkan. Anda pilih polybag macamana? (Tips!)
Nak senang, PILIHLAH Silvershine yg mempunyai ketebalan 0.04mm. Di pasaran, hanya ada 2 jenis ketebalan aje iaitu ketebalan 0.03mm dan 0.04mm, Harga sudah tentu berbeza. Bahan asas silvershine ni adalah plastik dan UV (nak bagi tahan lama @ lambat reput). Jika harga plastik naik, silvershine pun akan turut naik.
BLACKROLL serupa dgn silvershine tetapi kesemua lapisan permukaan atas dan bawah berwarna HITAM @ BLACK. Tetapi, ketebalan Blackroll adalah 2 1/2 ke 3 kali ganda daripada silvershine. Ketebalan Blackroll sama dgn ketebalan polybag iaitu 0.10mm.
Blackroll ini ditambah dengan kandungan UV supaya tahan lama.
KELEBIHAN Blackroll adalah ketahanan serta lasak berbanding silvershine. Jadi saya syorkan blackroll digunakan utk lorong jalan, dimana anda dan pekerja akan melalui setiap kali. Kereta sorong @ wheelbarrow juga dapat digunakan diatasnya dengan bebanan yg bersesuaian tanpa merosakkan permukaannya.
Lebar bukaan silvershine dan blackroll selalunya 4 kaki @ 1.2 meter. Tetapi saya lebih suka lebar Blackroll 5 kaki utk lorong jalan kaki dimana 1 kaki tambahan tersebut digunakan utk menindih @ overlap silvershine supaya tidak terbuka bila ditiup angin.
Harga silvershine antara RM40 - RM75. Bergantung kepada penjual dan kualiti silvershine tersebut.
Harga BLACKROLL dijual dalam bentuk berat (KG) sama seperti harga polybag hitam iaitu RM6.50/kg. Tidak termasuk kos penghantaran.
Saya ada memjual BLACKROLL. Jika ada pengusaha fertigasi hendak menggunakan alternatif kepada silvershine, sila hubungi BESTWAY AGRO segera melalui
HP/SMS : 013-5841514
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
Post a Comment