Bagi mereka yang menanam tanaman sayuran jenis menjalar ke atas seperti kacang panjang, kacang buncis, timun, peria dan sebagainya, pasti akan memikir cara yang terbaik untuk menyediakan junjung sebelum memilih untuk memulakan tanaman tersebut.
Untuk tanaman timun fertigasi yang moden, kita boleh memilih samada hendak menggunakan pukat timun , jaring timun atau tali rafia yang ada UV sebagai sokongan kepada tumbuhan tersebut menjalar. Yang penting, kayu junjung mestilah teguh dengan ketinggian 8 kaki (ideal) untuk kaedah fertigasi.
Kenapa pilih kayu ketinggian 8 kaki? Pokok timun selalunya memerlukan 6 kaki untuk menjalar ke atas, tetapi dengan kaedah fertigasi, kita perlu ingat, ketinggian polybag sudah 1 kaki. Jadi kayu junjung tersebut ditanam sekaki dalam, 1 kaki tinggi polybag dan yang tinggal hanya 6 kaki untuk pokok timun menjalar.
Antara pukat timun, jaring timun dan tali rafia berUV, yang mana lebih sesuai? Yang mana lebih tahan? Yang mana lebih JIMAT? Yang paling jimat, sudah tentu yang menggunakan tali rafia berUV, diikuti dgn jaring timun.
Tetapi ramai petani moden telah beralih menggunakan pukat timun atau jaring timun menggantikan tali rafia berUV. Kenapa? Lebih MUDAH, kerana tidak perlu membuat bentuk kotak seperti jala jika menggunakan tali rafia.
Saya sendiri telah menggunakan kaedah pukat timun dan juga jaring timun. Di antara keduanya, saya lebih suka menggunakan jaring timun kerana lebih MUDAH dan lebih JIMAT. Kenapa jaring timun lebih mudah berbanding pukat timun? Kerana tidak perlu memotong untuk mendapatkan ketinggian yang seragam. Kenapa lebih JIMAT? Kerana kosnya lebih murah untuk keluasan yang sama. Contoh, untuk keluasan 1/4 relung, jika jaring timun hanya memerlukan kos RM250, tetapi untuk pukat timun kosnya hampir RM500.
Ketahanan? Yang ni saya tidak pasti lagi, masa akan menentukannya. Saya akan beri maklumat tentang perkara ini di masa hadapan InsyaAllah.
Kami @ Bestway Agro ada menjual jaring timun dengan harga RM28.00 segulung dan juga pukat timun dengan harga RM18/kg (Tidak termasuk kos penghantaran). Jadi marilah bersama-sama menanam tanaman TIMUN secara FERTIGASI. Maju pertanian untuk agama, bangsa dan negara.
PERTANIAN adalah PERNIAGAAN.
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
March 18, 2011 at 1:34 PM
Salam..
Saya tertarik dengan kaedah yang saudara praktikkan diatas..
Tapi pada pendapat saya kalau ada gambar lebih afdal..
Terima kasih.
Post a Comment