Formulasi Terkini Untuk Kekal Langsing
KEISTIMEWAAN V`CARE BODY SHAPE
TIDAK PERLU BERLAPAR,
TIADA KESAN SAMPINGAN,
HASIL YANG BERKEKALAN,
BEBAS BAHAN PENGAWET,
100% BAHAN SEMULAJADI,
BERTENAGA DAN MINDA TERASA CERGAS,
MENUKARKAN KABOHIDRAT KEPADA TENAGA..
SESUAI UNTUK SEMUA LELAKI DAN PEREMPUAN,
DENGAN FORMULA MENGAWAL DIET YANG SEIMBANG
MINUMAN PELANSINGAN ANTARA TERMURAH DIPASARAN DENGAN PLAN INSENTIF YANG MENARIK..
Karbohidrat merupakan bahan utama yang terkandung di dalam pelbagai makanan yang diambil di antaranya nasi, roti dan sayur-sayuran. Pengambilan karbohidrat ini adalah penting bagi tujuan membekalkan tenaga kepada badan manusia. Namun yang demikian, pengambilan karbohidrat yang berlebihan dan tidak seimbang pula akan menyebabkan pelbagai masalah diantaranya peningkatan berat badan.
Masalah berat badan ini berlaku apabila kita makan lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan. Karbohidrat yang masuk kedalam perut akan dicerna oleh asid perut dimana kemudiannya ia akan bertukar kepada gula. Gula ini kemudian akan digunakan sebagai tenaga kepada seluruh sel-sel badan. Masalah berlaku apabila kita makan terlalu banyak dan lebihan gula ini akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak dan ini menyebabkan berat badan meningkat.
White Kidney Bean
Secara asasnya, konsep yang digunakan oleh produk ini ialah untuk mengurangkan pengambilan karborhidrat oleh badan dengan menyekat proses pencernaan karbohidrat di dalam perut oleh enzim alpha amylase yang dikeluarkan daripada pankreas. Penggunaan White Kidney Bean akan mengurangkan kadar pencernaan yang berlaku dan seterusnya mengurangkan penghasilan kalori di dalam badan.
Apabila berlaku pengurangan karbohidrat, kadar insulin juga akan berkurangan dan keadaan ini pula akan menyebabkan penghasilan hormon glucagon. Hormon ini berfungsi untuk membakar lemak di dalam badan bagi tujuan penghasilan tenaga.
Diet rendah karbohidrat
Teknik diet ini adalah amat popular dikalangan pengamal diet dan juga ahli bina badan dimana konsep "Ketosis" digunakan - keadaan dimana tenaga badan diambil daipada lemak badan untuk membekalkan tenaga digunakan. Keadaan Ketosis ini berlaku apabila seseorang itu mengurangkan pengambilan karbohidrat dengan serta-merta.
Pengambilan karbohidrat yang lebih pula menyebabkan badan menghasilkan insulin yang kemudian akan membawa gula yang dicerna daripada karbohidrat itu kepada sel-sel badan. Selain daripada itu, insulin juga berfungsi sebagai hormon penyimpan lemak (kalori lebihan) apabila kalori yang terhasil tidak digunakan sepenuhnya. Insulin juga menghalang sel-sel penyimpan lemak daripada membebaskan lemak yang disimpan itu.
Penggunaan White Kidney Bean di dalam produk ini meneutralkan enzim pencerna di dalam perut sebelum ia dapat mencerna makanan yang dimakan. Sebahagian besar karbohidrat yang tidak diproses itu akan dinyahkan melalui usus. Proses ini adalah selamat digunakan dan tidak melibatkan sebarang penggunaan bahan kimia ataupun penggunaan ubat berasaskan dadah (drug basis). Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber semulajadi.
Secara amnya, jika amalan pemakanan dijaga dengan baik, ditambah dengan diet yang seimbang dan juga sedikit senaman fizikal yang diamalkan secara berterusan, anda boleh mengurangkan masalah berat badan dan mencapai berat badan yang ideal tanpa perlu melakukan diet yang ekstrem.
Psyllium Husk
Bahan ini amat popular digunakan untuk membersihkan usus dengan menanggalkan plak-plak makanan yang tersangkut pada dinding usus. Ia mampu menyerap air sehingga 15 kali ganda beratnya sendiri, dan mengembangkan saiznya di dalam perut sebaik sahaja ianya dimakan. Di dalam proses ini, ia juga sekaligus menyerap toksin yang terdapat di dalam perut. Pengambilan bahan ini secara berterusan akan memberikan anda usus yang sihat dimana lebih banyak nutrien boleh diserap setelah plak-plak yang menghalang pada dinding usus itu tertanggal dan perut anda juga akan berasa selesa.
Serat larut dan tidak terlarut (Soluble & insoluble fibre)
Serat (fibre) ini amat bagus dalam membantu mengurangkan berat badan juga. Ia mampu mengurangkan kolestrol dengan menyerap bahan itu dan mengeluarkannya daripada darah dan juga sel-sel badan. Serat ini juga menyerap lemak dan mengurangkan karbohidrat berlebihan. Semasa mengambil produk ini, anda akan berasa kenyang sekaligus mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan berlebihan.
Fructoologosaccharide (F.O.S)
F.O.S digunakan bersama di dalam produk ini bagi melengkapkan penghadaman pada perut dimana ianya merupakan sejenis pre-biotik yang penting untuk bakteria-bakteria baik yang ada di dalam usus. Bakteria ini bekerja untuk membaiki sistem penghadaman. Perut dan usus yang sihat adalah penting kerana apa yang anda makan akan diproses di sini dan ia penting bagi menentukan sama ada nutrient yang diambil akan diproses dengan sempurna untuk diserap oleh usus ke dalam badam atau tidak.
Kolagen dan Vitamin C
Sekaligus dalam menjaga berat badan anda, gabungan kolagen dan vitamin c adalah penting untuk memberikan anda kulit yang sihat dan cantik. Kolagen yang berasaskan sumber laut ini mampu menganjalkan kulit, mengurangkat kedutan, dan sebagai anti penuaan kepada sel-sel kulit. Tambahan vitamin C mampu memberikan kulit yang cantik dan cerah.
ARAHAN PENGGUNAAN PRODUK
* Bancuhkan satu sachet produk kedalam segelas air (separuh) kacau dan minum segera. Minum segelas air lagi bagi melancarkan proses penghadaman.
* Ambil produk ini 15 minit sebelum makan tengahari (makanan berat seperti nasi, pasta, dan lain-lain makanan berasaskan karbohidrat).
* Boleh juga diambil sebelum makan malam (jika tidak makan tengahari).
* Untuk kesan yang lebih cepat, kurangkan pengambilan nasi, roti, kentang dan lain-lain yang berasaskan karbohidrat jika tidak perlu.
* Adalah diingatkan bahawa faktor masalah berat badan ialah kerana pengambilan makanan yang berlebihan daripada keperluan badan anda.
* Produk ini mengandungi Psyllium Husk dimana anda ia menyerap air yang banyak didalam perut. Adalah penting untuk minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit (constipation).
* Elakkan mengambil produk ini tanpa membancuh dengan air.
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
February 21, 2010 at 10:42 PM
nice preview..
kat mana boleh beli ? dan brapa harganya ?
Post a Comment