Petani ancam buang kubis
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my
KUBIS yang semakin murah harganya mungkin jadi bahan buangan sahaja jika para petani di Cameron HIghlands meneruskan rancangan melonggokkan sayur itu sebagai tanda protes.
IPOH - Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands mengancam akan melonggokkan ribuan kubis bulat di depan pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) jika harga sayur itu masih kekal 30 sen hingga 40 sen sekilogram sehingga hujung minggu ini.
Ia dianggap langkah terakhir kira-kira 300 penanam sayur itu sebagai tanda protes mereka terhadap dakwaan FAMA gagal membantu para pekebun yang semakin terdesak menanggung kos pengurusan ladang yang tinggi.
Setiausaha pertubuhan itu, Chay Ee Mong berkata, tindakan kerajaan mengimport kubis murah telah menjejaskan periuk nasi mereka.
"Kami sudah tiada pilihan, daripada biar kubis busuk di ladang lebih baik kami campak ke pejabat FAMA,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Harga borong sebiji kubis di ladang sekarang hanya 30 sen hingga 40 sen berbanding dulu sampai 80 sen.
"Macam mana kami nak untung kalau kos pengeluaran sebiji kubis pun sudah 80 sen,'' katanya.
Pertubuhan itu menyalahkan FAMA kerana tindakan agensi itu mengimport lebih 4,000 metrik tan kubis murah dari Indonesia dan China telah menyebabkan harganya merudum di pasaran
Kesimpulannya, kerajaan nak jaga kehendak pengguna sahaja. Tak jaga sama kehendak petani. Jika harga pasaran tinggi aje, import dari luar negara. Tanaman cili pernah kena macam ni tapi x ada persatuan yang berani menyuarakan seperti Pertubuhan Pekebun Sayur-sayuran Cameron Highlands. Harap kita dapat diwujudkan Persatuan Pekebun Cili Malaysia
Tips Kenalpasti Kain Sutera
5 years ago
Post a Comment