Tips: Elak Rumput Tumbuh Dlm Polybag

Nak elak rumput tumbuh dalam polybag, agak mustahil jika polybag tersebut jenis terbuka. Tetapi nak melambatkan atau mengurangkan pertumbuhan rumput dalam polybag ada caranya.

Cara mengurangkan pertumbuhan rumput ala Natural Farming:

1) Cabut rumput yg tumbuh dalam polybag. Kemudian buat sungkupan.
2) Sungkupan terdiri dari jerami padi kering atau rumput kering. Saya lebih suka guna jerami padi sbb benih rumput agak kurang dalam jerami padi ni.
3) Seminggu sekali ke, atau sebulan sekali ke. Buat la pengawasan, jika ada rumput yg tumbuh tu melalui celah-celah sungkupan, cabut dan letak atas sungkupan tersebut.
4) Lama kelamaan, sungkupan tersebut semakin menipis sbb proses penguraian/pereputan secara semulajadi. Jika boleh tambah la sungkupan supaya agak tebal.

Kelebihan menggunakan sungkupan:
1) Dapat mengekalkan kelembapan media. Jadi jimat baja dan air.
2) Bakteria baik suka kepada persekitaran yg agak lembap dan tidak kena cahaya matahari yg terik.
3) Baja organik secara semulajadi dapat diperolehi disebabkan proses pereputan sungkupan tersebut. Bayangkan hutan dara, x memerlukan baja tapi pokok-pokok di dalam hutan hidup dgn suburnya.

Cara melambatkan pertumbuhan rumput menggunakan racun kimia:

1) Cabut rumput yg tumbuh dalam polybag.
2) Kemudian sembur dalam polybag menggunakan racun rumput "pra-cambah" seperti "Metalachor" (Bahan aktif). Jenama seperti Dual G, Lasso, Adol dll.

Kaedah ni, kena ulang setiap bulan.

Yg terbaik, kaedah Sungkupan....Natural Farming

Tips Elak Microtube Tersumbat

Masalah microtube(1.5mm) tersumbat pasti akan terjadi dalam kebun/ladang anda? Anda ada penyelesaian?

1) Pastikan sumber air yg bersih.

Bersih macam air yg kita hendak minum. Bersih dari mendakan . Air yg jernih. Tidak mempunyai bau. Cukupkah setakat itu?

2) Pasang FILTER.

Air paip di rumah pun, dgn mata kasar nampak bersih, jernih ... Itu pun, kita guna penapis air juga. Kena cuci selalu kan? Begitu juga dgn air utk pertanian terutama utk sistem fertigasi. Kena pasang FILTER,...KENA CUCI selalu....

3) Maintainance seminggu sekali......sebulan sekali....

Drip air kosong seminggu sekali....biar basah lencun, air meleleh keluar dari polybag....

Time ni la, ambil kesempatan, BUAT PEMERHATIAN di setiap microtube....pastikan air menitis keluar sekata dgn semua microtube.....jika menitis tapi perlahan dari polbag sebelah...take action...cabut dan ketuk....pasang semula....

TIPS : Pkk yg tumbuh x normal (mcm terbantut)....yg ni patut check dulu microtubenya

Sebulan sekali, buka END CAP main pipe dan biar air kosong keluar....jika nampak macam air BERKARAT....biarkan air karat tu keluar sampai habis.....tutup semula END CAP bila air tu dah nampak jernih mcm dalam air tangki....

Ulangi dgn buka END CAP subline pulak....air yg berkarat ni la....yg akan menyebabkan microtube 1.5mm ni tersumbat....

SELAMAT MENCUBA.....