Semasa proses semaian, kebanyakan kita menggunakan peatmoss sebagai media semaian. Tetapi ada juga yg menggunakan media lain seperti sekam bakar dll.
Cukupkah baja @ makanan yg dibekalkan oleh peatmoss utk anak pokok membesar di dalam tray semaian?
Jadi ada sesetengah pengusaha menggunakan baja AB pada kepekatan yg rendah seperti 0.5 EC atau 0.8 EC.
Saya juga menggunakan baja AB dengan merendam tray semaian pada kadar 0.5 EC sepanjang minggu kedua dan kadar 0.8 EC sepanjang minggu ketiga, sehingga pkk berusia 21 hari atau sekurang-kurangnya pkk mempunyai 6 helai daun.
ALTERNATIF, saya telah di ajar di dalam satu kursus cili menggunakan baja biji NPK HIJAU 15-15-15 semasa peringkat semaian.
CARANYA : Dgn menggunakan SEBIJI sahaja baja NPK HIJAU 15-15-15, dan tanam di hujung lubang tray semaian. Rendam dgn AIR KOSONG sahaja atau spray air kosong supaya media sentiasa lembab.
p/s: Di pasaran banyak baja biji NPK 15-15-15. Tetapi cari yg berwarna HIJAU sahaja.