Apa yg anda akan buat pada sistem pengairan semasa musim hujan?
- Tutup pam air jika anda menggunakan sistem fertigasi tanpa Rumah Lindungan Hujan. Bermaksud tiada air baja diberikan. Ini akan mengundang pelbagai masalah di kemudian hari, seperti bunga gugur, kurang bunga dll. Penyelesaian :Taburkan satu camca baja NPK yg bersesuaian (selalunya guna baja buah) seperti NPK 14-6-28 di mana kandungan N dan K tinggi. Pasti anda tabur di sekeliling zon akar, lebih kurang 2 inci dari batang pokok. Jika rajin, tutup polybag tersebut supaya air berlebihan tidak masuk ke dalam polybag. Jika nak LEBIH ELOK, guna baja NPK import. Pengalaman yg dapat bezakan kualiti baja NPK import dgn NPK tempatan. PALING ELOK, guna baja NPK Soluble tapi harganya agak mahal (RM160/25kg) berbanding NPK biasa (RM80-RM100/50kg)
- Tambah kepekatan baja dgn meninggikan EC baja tersebut. Bagi hanya sekali sehari atau 2 hari sekali. (Jgn melebihi EC 3.2)