BESTWAY AGRO & PLANTATION - Fertigasi, Cili Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Baja AB
TANAMAN CILI, TIMUN FERTIGASI, Kegunaan, Cili Merah, Jenis, Bioteknologi, Tanaman, Sayur, Kebun, Pertanian, Benih, Sayuran, Kaedah, Pokok, Hidroponik, Pasaran, Halia, Pengeluaran, Ladang, Penghasilan, Penyelidikan, fertigasi cili, tanaman fertigasi, pertanian fertigasi, penanaman fertigasi, fertigasi sistem, kursus fertigasi, baja fertigasi, fertigation, projek cili fertigasi, cili padi fertigasi, my fertigasi, penanaman cili padi, tanaman cili padi, tanaman cili api, fertigasi rock melon

Info Racun 4 : Racun Serangga Organik

Tuesday, November 24, 2009
PENGGUNAAN racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Pakar Hortikultur, Abdul Rahim Rashid menunjukkan cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Racun serangga selamat: Pestisid botanik mesra alam dan murah menggunakan ramuan di dapur seperti bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak.

Konsep yang biasanya saya terangkan adalah konsep mengawal lebih baik dari mengubat terutama pada prinsip penyelenggaraan. Adakah anda terfikir bahawa bahan di dapur di sekeliling kita amat sesuai sebagai pencegah dan perawat serangan perosak dan penyakit pokok.

Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini. Sebelum bercerita lanjut berkenaan cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini.

Serangga jenis mengunyah
Kumbang
Belalang
Kupu-kupu
Ulat Bulu
Siput
Lintah Bulan

Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
Aphis @ Aphid @ kutu Daun
Koya
Pianggang
Teritip (Scaler)
Kulat Putih

Penyediaan bahan Larutan stok
1 liter Air
1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
1 Sudu besar sabun basuh
4 - 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )

Langkah
Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
Tumbuk 4 - 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
Setelah dikacau , tapiskan
Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.

Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:

Ekstrak bawang

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)

Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak halia

Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak daun Neem (semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak bawang putih

Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia murah, mudah dan senang.

Selamat Mencuba...

Read On 0 comments

Info Baja 1 : Solvent NATURAL FARMING / LARUTAN NATURAL FARMING

Friday, November 20, 2009
I get the following information from the Department of Agriculture in conjunction with the Kedah State Peace Festival Kedah recently which was held on 22 / 7 - 28/7/2009 City in Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah.

If you really want to find alternatives to Baja Fertigasi AB, then the solution is Natural Farming solutions.

Materials Quantity Unit Price (RM) Total (RM)
LAS
Fresh Milk 1.5 liter $ 3.50 $ 5.25
Brown Sugar 0.5 Kg $ 2.00 $ 1.00

Ca P
Skin eggs 1 Kg $ - $ --
Vinegar 10 liter $ 5.00 $ 50.00

FPJ
Kangkong 2 Kg $ 1.00 $ 2.00
Brown Sugar 2kg $ 2.00 $ 4.00

FFJ
2 Kg Papaya $ 1.50 $ 3.00
Brown Sugar 2 kg $ 2.00 $ 4.00

P Ca
Bones 1 Kg Bakar $ 2.00 $ 2.00
Vinegar 10 liter $ 5.00 $ 50.00

Fish Amino Acid @ FAA
Fish 2 Kg $ 2.00 $ 4.00
Brown Sugar 2 kg $ 2.00 $ 4.00

OHN
Kulit Kayu Manis 0.2 Kg $ 5.00 $ 1.00
Brown Sugar 0.2 Kg $ 2.00 $ 0.40
Nira 1 Liter $ 2.00 $ 2.00

Tong Kui 0.2 Kg $ 6.00 $ 1.20
Brown Sugar 0.2 Kg $ 2.00 $ 0.40
Nira 1.5 liter $ 2.00 $ 3.00

Kam Choo 0.2 Kg $ 4.00 $ 0.80
Brown Sugar 0.2 Kg $ 2.00 $ 0.40
Nira 1.5 liter $ 2.00 $ 3.00

Garlic 1 Kg $ 3.00 $ 3.00
Brown Sugar 1 Kg $ 2.00 $ 2.00
Nira 2.5 Liter $ 2.00 $ 5.00

Ginger 1 Kg $ 3.00 $ 3.00
Brown Sugar 1 Kg $ 2.00 $ 2.00
Nira 2.5 Liter $ 2.00 $ 5.00

Solvent volume 10 Liter Natural Farming For Water

Seed Treatment
Total Material Rates
Natural 1:500 20ml vinegar
OHN


___________________________________________________________________



Maklumat berikut saya dapat daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah sempena Festival Kedah Sejahtera baru-baru ini yang telah berlangsung pada 22/7 - 28/7/2009 di Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah.

Jika anda memang hendak mencari alternatif kepada Baja Fertigasi AB, maka larutan Natural Farming adalah jalan penyelesaiannya.

Bahan-bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
LAS
Susu Segar 1.5 Liter $3.50 $5.25
Gula Merah 0.5 Kg $2.00 $1.00

Ca P
Kulit Telur 1 Kg $- $-
Cuka 10 Liter $5.00 $50.00

FPJ
Kangkong 2 Kg $1.00 $2.00
Gula Merah 2Kg $2.00 $4.00

FFJ
Betik 2 Kg $1.50 $3.00
Gula Merah 2 Kg $2.00 $4.00

P Ca
Tulang Bakar 1 Kg $2.00 $2.00
Cuka 10 Liter $5.00 $50.00

Fish Amino Acid @ FAA
Ikan 2 Kg $2.00 $4.00
Gula Merah 2 Kg $2.00 $4.00

OHN
Kulit Kayu Manis 0.2 Kg $5.00 $1.00
Gula Merah 0.2 Kg $2.00 $0.40
Nira 1 Liter $2.00 $2.00

Tong Kui 0.2 Kg $6.00 $1.20
Gula Merah 0.2 Kg $2.00 $0.40
Nira 1.5 Liter $2.00 $3.00

Kam Choo 0.2 Kg $4.00 $0.80
Gula Merah 0.2 Kg $2.00 $0.40
Nira 1.5 Liter $2.00 $3.00

Bawang Putih 1 Kg $3.00 $3.00
Gula Merah 1 Kg $2.00 $2.00
Nira 2.5 Liter $2.00 $5.00

Halia 1 Kg $3.00 $3.00
Gula Merah 1 Kg $2.00 $2.00
Nira 2.5 Liter $2.00 $5.00

Isipadu Larutan Natural Farming Bagi 10 Liter Air

Rawatan Biji Benih
Bahan Kadar Jumlah
Cuka Asli 1:500 20ml
OHN
Read On 0 comments

Info Baja 2 : Solvent NATURAL FARMING Part 2 / LARUTAN NATURAL FARMING Part 2

Wednesday, November 18, 2009
NATURAL FARMING volume solution for 10 liters of water

Type II

Material / Average / Total
FAA 1:1000 10 ml
FPJ 1:500 20 ml
P 1:1000 10 ml Ca
Natural 1:1000 20 ml vinegar

Type III

Material / Average / Total
FFJ 1:500 20 ml
FAA 1:1000 10 ml
Ca P 1:800 12.5 ml
Seawater 1:30 333.33 ml
Natural vinegar 1:700-800 14.29 ml

Morning Sickness Treatment
Material / Average / Total
FFJ 1; 500 20 ml
Natural vinegar 1; 300 33.33 ml
FAA 1; 1000 10 ml
P Ca 1; 700 to 800 ml 14:29

Maturing Stage
Material / Average / Total
Seawater 1:25 400 ml
Ca 1:700 14.29 ml

Fruiting
Material / Average / Total
Ca P 1:500 14.29 ml
Natural 1:700 20 ml vinegar

_____________________________________________________________


ISIPADU LARUTAN NATURAL FARMING Bagi 10 Liter Air


Type II

Bahan / Kadar / Jumlah
FAA 1:1000 10 ml
FPJ 1:500 20 ml
P Ca 1:1000 10 ml
Cuka Asli 1:1000 20 ml

Type III

Bahan / Kadar / Jumlah
FFJ 1:500 20 ml
FAA 1:1000 10 ml
Ca P 1:800 12.5 ml
Air Laut 1:30 333.33 ml
Cuka Asli 1:700-800 14.29 ml

Morning Sickness Treatment
Bahan / Kadar / Jumlah
FFJ 1;500 20 ml
Cuka Asli 1;300 33.33 ml
FAA 1;1000 10 ml
P Ca 1;700 - 800 14.29 ml

Maturing Stage
Bahan / Kadar / Jumlah
Air Laut 1:25 400 ml
Ca 1:700 14.29 ml

Fruiting
Bahan / Kadar / Jumlah
Ca P 1:500 14.29 ml
Cuka Asli 1:700 20 ml
Read On 0 comments

SEMBANG FERTIGASI DAN INSTAFOREX BERSAMA DINDA.

SEMBANG FERTIGASI BERSAMA SAYA.

FOLLOWERS

RUANGAN IKLAN.

RUANGAN IKLAN.
(ruang iklan untuk disewa boleh hubungi kami untuk dptkan tawaran harga)

AL-QURAN ONLINE

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

BLOG RAKAN TANI.


RECENT POSTS

RECENT COMMENTS